ROXTHENATION: PERTEMUAN EPIK TIGA LAGENDA GITAR ROCK

Apa yang menarik dengan konsert terbaru yang akan diadakan pada Januari 2025, ROXtheNATION ?

ROXTHENATION

Dunia muzik rock serantau bakal menyaksikan pertemuan bersejarah tiga tokoh legenda gitar apabila Man Kidal, Jo Brancko, dan Eet Sjahranie bakal bergabung buat pertama kalinya. Untuk konsert ROXtheNATION yang bakal berlangsung di Menara Kuala Lumpur (KL) pada 25 Januari 2025.

SATUKAN BAKAT MUZIK DUA NEGARA

Konsert yang dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama FAR Worldwide dan SU.RE Sihat KL. Ini merupakan usaha menyatukan bakat muzik dua negara serumpun melalui persembahan yang dijangka spektakular. Pengerusi Projek, Ellie G, menyifatkan konsert ini sebagai impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

3 LAGENDA ROCK BERGABUNG

Ketiga-tiga legenda rock ini membawa pengalaman lebih empat dekad dalam industri muzik. Man Kidal, 61, dikenali sebagai pengasas kumpulan Lefthanded sejak 1983. Manakala Jo Brancko, 55, pernah menjadi tonggak Wings sebelum membentuk Barbarik. Eet Sjahranie, 62, pula merupakan ikon rock Indonesia yang pernah bernaung di bawah kumpulan God Bless sebelum membentuk EdaneE.

POTENSI JADI ACARA TAHUNAN

Konsert yang dijangka akan mengumpulkan sehingga 3,000 peminat ini berpotensi menjadi acara tahunan, sekaligus menyumbang kepada industri pelancongan negara. Man Kidal akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Konsert & Muzik, dibantu oleh barisan profesional termasuk Samsul Kamal dan Jerry Hend.

HARGA TIKET

Harga-harga tiket boleh dibeli seperti dibawah sewaktu pra jualan tiket pada 26 November, manakala jualan biasa pada 15 Disember.

RM188 – Silver
RM288 – Gold
RM388 – VIP
RM30 – Live Streaming buat anda yang tidak dapat hadir secara fizikal

Sebagai tarikan tambahan, peminat bertuah berpeluang memenangi sebuah motosikal Harley Davidson. Kerjasama dengan jenama motosikal ikonik ini turut meliputi program CSR yang akan disertai ketiga-tiga legenda rock berkenaan.

Website IlassoTickets

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge