Rockology Concert Tour 2025 yang diura-ura katanya dibatalkan akan diteruskan seperti dirancang.
ROCKOLOGY CONCERT TOUR 2025
Pihak penganjur Rockology Concert Tour 2025, RPM Events Sdn. Bhd., ingin menjelaskan bahawa konsert yang dijadualkan berlangsung pada 5 Julai 2025 di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor akan diteruskan seperti biasa.
TIDAK DIBATALKAN
Sejak beberapa hari lalu, terdapat khabar angin di media sosial yang menyatakan konsert Johor akan dibatalkan. Kami ingin menafikan dakwaan tersebut secara rasmi. Segala persiapan berjalan lancar dan pihak kami sedang giat menjalankan kerja-kerja akhir bersama pihak teknikal dan keselamatan.
KEMBALIKAN NOSTALGIA ROCK 80AN
“Saya rasa ramai yang tak sabar nak hidupkan malam rock itu dan nak kembalikan nostalgia 80an dan 90an di Johor bersama kami nanti. Walau apa pun yg berlaku kami tetap akan gegarkan EduCity seperti yang dijanjikan. InshaAllah… Jangan percaya cakap-cakap kosong. Jumpa kami di Rockology, 5 Julai 2025 nanti – bawa semangat rock tu sekali, kita nyanyi sama sama,”
-kata Dato’ Awie.
SATUKAN DUA NAMA BESAR ROCK
Konsert ini bakal menyatukan dua nama besar dalam sejarah muzik rock tanah air—Dato’ Awie dan Search (Kid Din)—dalam satu persembahan eksklusif yang pasti menggegarkan selatan tanah air. Kami menjemput seluruh peminat rock tanah air untuk hadir dan menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini.
“Rockology bukan sekadar konsert—ia adalah gerakan untuk menghidupkan semula semangat rock sejati. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang luar biasa, dan kami ingin merakamkan penghargaan atas kepercayaan serta sokongan daripada semua pihak, termasuk peminat dan para penaja,”
-kata Dato’ Eddy, selaku Pengarah RPM Events.
TERIMA KASIH KEPADA PENYOKONG INDUSTRI HIBURAN TANAH AIR
Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
-ibis Styles Johor Iskandar Puteri , selaku penaja rasmi penginapan artis juga menyediakan penginapan eksklusif yang selesa buat barisan artis.
-Fraser & Neave Holdings Bhd [F&N], selaku penajan minuman rasmi yang membekalkan minuman sepanjang acra bagi memastikan penonton segar dan bertenaga.
-The J& Lesong, selaku penaja makanan dan minuman bagi memastikan para artis, kru produkso dan tetamu VIP menikmati hidangan berkualiti sepanjang program berlangsung.
-EMS Services, selaku penyedia servis perubatan rasmi lengkap dengan ambulans dan kakitangan bertauliah yang bersiap sedia sepanjang konsert.
-Perbadanan Awam Johor, selaku medium promosi bergerak di Bas Muafakat Johor
Sokongan daripada para penganjur ini merupakan suntikan semangat besar bagi kami dalam menganjurkan acara yang berkualiti tinggi serta berimpak besar kepada industri hiburan tempatan.
PROMOSI EKSKLUSI
BELI 5, PERCUMA 1!
Untuk setiap pembelian 5 tiket dalam satu transaksi, anda akan menerima 1 tiket tambahan secara percuma. Tawaran ini sah untuk semua kategori tiket. Tertakluk pada terma & syarat.
PELUANG MENANG HADIAH EKSKLUSIF!
Para pemegang tiket juga berpeluang dipilih sebagai pemenang bertuah yang akan menerima pendrive edisi khas berisi rakaman eksklusif sesi latihan Rockology Concert Tour 2025 bersama Dato’ Awie & Search Kid Din. Pemenang akan diumumkan secara rawak. Tertakluk pada terma & syarat.