RIM TUBUH DANA TABUNG KECEMASAN UNTUK SIAPA?

RIM TUBUH DANA TABUNG KECEMASAN UNTUK SIAPA? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah mengambil inisiatif untuk membantu pengamal industri muzik semasa pandemik. Pengamal muzik yang memerlukan bantuan kewangan segera akibat tiada perkerjaan.

DANA TABUNG KECEMASAN

Dengan ini terbentuklah Dana Tabung Kecemasan. Di bawah inisiatif ini, penerima terpilih yang terdesak memerlukan bantuan ini adalah terdiri daripada mereka yang terlibat atau telah menyumbang kepada industri rakaman. Selain itu yang mana pendapatannya terjejas teruk atau hilang sepenuhnya akibat pandemik Covid-19.

“Kami telah membaca dan mendengar penderitaan ramai pengamal industri muzik yang berjuang untuk memenuhi keperluan harian. Disebabkan pandemik telah menghentikan projek rakaman lagu dan membatasi peluang menjana pendapatan lain. Pertunjukan secara langsung juga terhenti dengan adanya sekatan yang dilaksanakan. Ini menyukarkan ekosistem industri muzik untuk menjana pendapatan yang berkelanjutan untuk pengamal industri muzik”,

-kata Rosmin Hashim, Pengerusi RIM.

Sejak perlantikan Ahli Majlis Baru RIM untuk penggal 2021-2023, kami telah aktif merangka pelbagai strategi untuk mengembangkan industri muzik tempatan. Untuk memanfaatkan ahli-ahli kami dan industri muzik secara keseluruhan.

SUMBANGAN

Dana Tabung Kecemasan ini adalah salah satu inisiatif utama yang memerlukan pelaksanaan segera. Ini kerana kesukaran yang melanda ramai pengamal industri muzik disebabkan oleh pandemik ini. Sumbangan kami kepada pihak yang terlibat akan mematuhi parameter dan syarat selepas kami membuat pilihan dan keputusan penerima dana dengan sebaik mungkin. Kami berharap bahawa sumbangan kami ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada pengamal industri muzik yang terjejas.

PENGUMPULAN DANA

“Kami, sebenarnya, sedang merancang aktiviti pengumpulan dana yang berskala lebih besar dengan kerjasama Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) yang melibatkan pertandingan menulis lagu dan proses bidaan lagu yang akan dapat membantu kami mengumpul lebih banyak dana untuk memberikan lebih banyak bantuan kepada pengamal industri muzik yang memerlukan. RIM akan terus meneroka peluang kolaborasi lain dengan kumpulan atau badan yang berkaitan dengan industri muzik untuk pengumpulan dana bagi inisiatif amal kami seterusnya di masa hadapan.”

INSIATIF AMAL RIM

Inisiatif Amal RIM dimulakan dengan sumbangan RM1,000 kepada Kid (gitaris kumpulan popular Search) untuk dana rawatan barah isterinya. Sumbangan RM1,000 juga akan diberikan kepada komposer terkenal, Ross Ariffin yang nasib malangnya dipaparkan di media baru-baru ini.

RIM juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Pemuzik Malaysia (MfM). Kali ini untuk menyumbang sejumlah RM10,000 kepada 20 pemuzik rakaman yang tidak dapat mencari nafkah dengan penghentian projek rakaman lagu dan penutupan banyak pusat hiburan.

RIM akan terus mengenalpasti pengamal industri muzik lain yang memerlukan untuk membantu mereka kembali berdikari. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari di

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge