MEER NASH OPPA MALAY KATANYA SERUPA AHLI BTS? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dikenali dari program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalu, memberi peluang dalam kerjaya nyanyiannya.

MEER NASH

Gelaran Oppa Malay yang diberikan kepada penyanyi berusia 26 tahun, Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul . Tak sangka tuah menyertai program ICSYVMY. Tidak hanya dari segi penampilan, Meer Nash turut memanfaatkan gelaran itu. Mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu. Dimana menghasilkan single berjudul SARANGHAE.

SARANGHAE

Single Saranghae diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dilancarkan pada 18 Jun. Ini adalah percubaan dan pertaruhan pertama bergelar komposer dan penulis lirik secara serius. Single kali ini mengentengahkan elemen K-Pop. Menyasarkan kelompok peminat muzik K-Pop kerana yakin lagu SARANGHAE itu mudah diterima selain mesra telinga.

Pengalaman itu adalah sesuatu yang berharga buat diri dan kerjayanya. Segala apa yang diminati dan diinginkan selama ini dapat diterjemahkan dalam lagu SARANGHAE.


“Lagu SARANGHAE ini adalah hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan. Namun, apabila saya menulis lagu ini saya suka dan ia boleh dikomersialkan.”

OPPA MALAY?

“Alasan kenapa nak masukkn elemen dan frasa Korea kerana selepas ICYVMY orang mula panggil saya Oppa Malay. Jadi saya nak gunakan identiti yang diberikan itu. Berdasarkan penampilan saya, jadi keputusan masukkan eleman K-Pop dalam lagu ini sedikit sebanyak menjawab alasan ini.”


“Saya tulis melodi dulu yang memang ada bunyi muzik K-Pop. Dari situ idea muncul untuk lirik dan keseluruhan lagu ini. Dari melodi pertama lagu ini, saya sudah tahu lirik apa yang sesuai. Saya mahu buat lagu ini macam lagu-lagu lama Justin Bieber yang memuja dan memujuk wanita,”

-sambungnya

BUKAN MUDAH!

Muzik yang ingin dipersembahkan dalam lagu SARANGHAE sesuatu yang digemari. Tetapi Meer Nash mengaku ia bukan semudah yang disangka apatah lagi ketika ingin menyiapkan lagu ini.


“Selepas habiskan bahagian korus, saya sangat suka. Tapi bahagian ‘verse’ yang saya tulis tak berapa suka. Jadi, saya jumpa seorang rakan juga pemuzik. Cuma dia tak pernah tulis lagu. Saya ajak dia tulis bahagian ini bersama-sama. Tak sampai sejam, kami dapat siapkan lagu ini.”

CABARAN DALAM HASIL LIRIK LAGU

“Lirik lagu ini pada awalnya saya berasa kosong. Sebab ini pertama kali saya tulis lagu dan lirik. Saya ada bertanya pada kawan juga. Sebab dia pernah menyertai grup K-Pop jadi dia tahu cakap Korea.

Saya tanya dan minta pendapat dia untuk muzik lagu ini. Dia ada idea tersendiri dan dia bantu saya. Selepas siapkan lagu ini, saya ada rujukan idea untuk gubahan muzik lagu.”

MENARI DALAM VIDEO MUZIK

Selain tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat menerusi lagu SARANGHAE itu, Meer Nash juga teruja untuk beraksi menari dalam video muzik.

“Saya bukan penari profesional, tapi perkara ini yang buatkan saya nak buat dan belajar. Apabila menyertai pertandingan Chinese Bridge ke-16 di Changsha, China pada 2017, di sana ada yang boleh ajar menari dengan cepat. Saya pula jenis yang cepat tangkap.”

“Cuma selepas balik ke Malaysia, saya tak menari dah. Saya sudah lupa semua. Tapi apabila masuk kelas menari yang disediakan oleh pihak UM, awal-awal saya sangat letakkan usahauntuk ingat langkah. Dari situ boleh majukan diri dan tak nampak janggal.” Diakui memang susah tapi lama-lama okay. Apabila buat penggambaran video muzik, saya berharap semuanya okay.”

Mengenai single SARANGHAE itu,
“Sasaran saya untuk lagu ini adalah peminat K-Pop. Sebab dalam negara kita ada ramai peminat K-Pop. Jadi, gelaran yang diberikan ini saya nak gunakan sebaiknya. Baik dari segi pakaian, mekap dan muzik itu sendiri. Jadi, itu hala tuju saya ketika ini.”


“Saya juga berharap masyarakat dan peminat muzik di Malaysia suka. Lagu ini sebenarnya mesra telinga apatah lagi melodi sangat mudah diingati. Ini lagu pertama yang saya tulis dan akhirnya dapat dilancarkan. Saya sangat teruja. Saya cabar diri untuk menghasilkan lagu ini.”


“Sebelum ini saya tak percaya pada diri yang boleh hasilkan lagu, tapi untuk kali ini saya cuba keluar dari zon itu dan berjaya buat. Tentu saja nak melihat sejauh mana maklum balas orang ramai terhadap karya ini.

Orang suka atau tak. Keduanya, saya tidak pernah menari. Saya harap peminat suka walaupun akan ada kritikan. Apa pun saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya. Untuk maklumat lanjut layari

Youtube Meer Nash

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge