Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Restoran Rebung Chef Ismail Tampil Dengan Nostalgia Sajian Desa| Bulan Ramadan tiba lagi dan kali ini KP kongsikan antara restoran yang sempat KP mencuba masakan berbuka puasa. Nostalgia Sajian Desa dipilih tahun ini di Restoran Rebung Chef Ismail dimana ianya memaparkan masakan kampung .Siap ada hiasan kain batik, tikar mengkuang dan pelita ayam. Pasti anda yang merindui masakan kampung bolehlah ke sini kerana lebih 90 jenis makanan dari pembuka selera hinggalah pencuci mulut.
Ulam-ulaman tidak dilupakan . Nampak tak dari sini saja pelbagai pilihan ada. Sebut sahaja dari petai, jering, daun pegaga dan sebagainya
Antara hidangan utama yang ada seperti daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, pari masak asama pedas, siput sedut masak lemak dan lain-lain
Untuk pencuci mulut pula, antara kuih yang wajib dicuba jika menikmati hidangan disini adalah seperti sagu gula melaka, agar-agar merah, seri muka pandan talam suji, puding kacang merah, kaswi pandan. kuih lapis dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak yang wajib dirasai adalah serawa durian dan bubur cha-cha. Dengar cerita antara yang dicari-cari jika ada pelancong yang datang singgah di sini
Untuk sepanjang bulan Ramadan ni, pelanggan akan dihiburkan dengan alunan merdu irama Ghazal oleh Kumpulan Ghazal Sri Nuansa. Antara kemudahan yang ada seperti ruang makan mampu menampung kapasiti sehingga 500 orang pada satu masa.
Untuk membuat sebarang reservation : 603 22763535 . 0322762525