Watsons Malaysia Mempersembahkan “Raya Terunggul”—Sambutan Kebersamaan, Nostalgia & Ganjaran!
RAYA TERUNGGUL
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya terbarunya, “Raya Terunggul”, dari 6 Mac hingga 14 April 2025. Kempen ini menawarkan promosi menarik di kedai dan atas talian, hadiah eksklusif.
Serta sebuah filem perayaan yang menyentuh hati, menampilkan keindahan nilai kekeluargaan dan kebersamaan
FILEM JENAMA WATSONS
Sebagai satu tradisi yang dinanti-nantikan, filem jenama Raya Watsons Malaysia terus memikat hati penonton. Tahun ini, produksi filem ini amat istimewa kerana ia menggabungkan watak-watak legenda dari filem dan siri televisyen ikonik Malaysia.
Antaranya seperti Mami Jarum, Adnan Sempit, dan Gerak Khas. Menampilkan Duta Watsons, Ayda Jebat, bersama pelakon tersohor seperti Datuk Yusof Haslam, Kartina Aziz, Shaheizy Sam, Hisyam Hamid, Maya Karin, Ropie, dan Mia Sara Shauki.
Filem ini menggabungkan hiburan dengan mesej yang mendalam mengenai kasih sayang keluarga, penghargaan, dan perpaduan.
SINOPSIS FILEM
Tahun ini, filem jenama Raya Watsons mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Melati dalam menyambut kedatangan bapa baru dalam hidupnya. Sebagai seorang anak yang penyayang, Melati ingin memastikan ibunya membuat pilihan yang tepat dalam memilih pasangan hidup.
Dalam semangat Raya, di mana menonton filem-filem Melayu ikonik menjadi satu tradisi keluarga, watak-watak dari filem tersebut menjadi hidup untuk membimbing Melati dalam perjalanan menemui hakikat sebenar kebahagiaan, iaitu kasih sayang yang ikhlas
KEMPEN RAYA WATSONS
“Kempen Raya Watsons bukan sekadar perayaan, tetapi juga satu penghormatan kepada nilai kasih sayang, kekeluargaan, dan kesyukuran. Kami berharap kempen tahun ini membawa kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang,”
-kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group.
HADIAH MENARIK MENANTI
Ahli Watsons Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM3,888,888 termasuk Kereta Proton, Motosikal Modenas dan banyak lagi dalam kempen raya terbaru kali ini. Masih lagi dengan komitmen Kepada Komuniti Seluruh Negara Sempena Aidilfitri.