RASHID SIDEK BERLAKON DALAM OLYMPIC DREAM BEST KE?

RASHID SIDEK BERLAKON DALAM OLYMPIC DREAM BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi pada Datuk Rashid Sidek? Jika anda peminat sukan badminton pasti anda kenal bukan.

RASHID SIDEK BERLAKON?

Datuk Rashid Sidek berlakon dalam filem terbaru. Mengangkat salah satu sukan paling popular di Malaysia. Yang boleh menyatukan kite sekeluarga tidak kira lapisan bangsa umur mahupun generasi iaitu badminton.

Lebih mengujakan, filem genre drama dan sukan ini turut menyaksikan penampilan lagenda badminton lain. Antaranya
Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit serta bekas pemain kebangsaan, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun.


Mereka bukan sahaja menyerlahkan bakat lakonan, tetapi juga mempamerkan kehebatan aksi yang masih berbisa dalam sukan badminton.

PENUH KONFLIK ?

Bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 23 September ini. Bukan sahaja memberi tumpuan kepada sukan badminton.

Dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik. Mengajak penonton untuk menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian. Pasti ada babak-babak mendebarkan ibarat dalam perlawanan sebenar.

SINOPSIS OLYMPIC DREAM

Olympic Dream mengisahkan tentang kecekalan seorang anak muda, Wong Anna yang menanam impian sejak kecil. Bercita-cita untuk menjadi pemain badminton kebangsaan.

Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidak mematahkan impiannya. Ketika di sekolah, Anna ternampak kehebatan Pak Cik Quan.

Rupanya Pak Cik Quan bekas pemain badminton dalam mengendalikan bola tangkis. Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga berjaya memenangi pertandingan badminton.

Bakat Anna telah dilihat oleh jurulatih Cheah.. Dan ia membuka laluan Anna untuk menjadi pemain kebangsaan.

Apabila meningkat dewasa, Anna berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik kebangsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man telah cedera parah

Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baru, Hao Yu. Anna dan Hao Yu berusaha keras untuk mengatasi semua kesukaran.

Mereka membawa impian dan harapan 32.38 juta orang Malaysia untuk melangkah ke temasya Olimpik. Tetapi berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia?

Dapatkah membawa pulang pingat emas Olimpik?

TERIMA PENGIKTIRAFAN DI FESTIVAL FILEM?

Filem Olympic Dream turut menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa. Antaranya, Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021. Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019.

Selain itu Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate.

Produksi Full Billion Entertainment ini juga mempertaruhkan gandingan generasi baru dan lama sebagai teraju utama. Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate di England, Maya Karin.

Ada juga Pelakon Terbaik di Anugerah Golden Awards 2017, Jordan Voon dan pelakon filem Hong Kong – Malaysia, adik Annabelle Tan.

Bekas pemain kebangsaan dan kini jurulatih badminton Adelle Ng juga ada terlibat sama.

SUTRADARA BERBAKAT BESAR.

Olympic Dream diarahkan oleh pengarah Don Hoe. Idea asal Olympic Dream ini juga adalah daripada sutradara berbakat besar itu sendiri.
“Badminton adalah salah satu sukan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya membesar dengan menyaksikan kejayaan-kejayaan atlet-atlet Malaysia seperti di Kejohanan Piala Thomas dan itu mendorong semangat jua nilai perpaduan dalam diri.

Sukan ini telah merapatkan hubungan saya bersama rakan dan jiran tetangga yang berbeza latar usia, bangsa, kaya atau miskin . Sama-sama menyokong pasukan Malaysia.

Jadi, saya mengambil elemen sukan tersebut dan ketengahkan menerusi filem. Saya dengan rasa rendah hati berharap filem ini mampu menyuntik rasa bangga dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Dengan pencapaian dan kegemilangan yang telah dicipta oleh barisan atlet negara. Saya juga mengharapkan ia dapat memberi inspirasi kepada semua.

Tidak kira rakyat Malaysia atau masyarakat dari negara luar untuk sentiasa berusaha dalam mencapai impian sehingga memperoleh kemenangan.”

-kata Penerbit dan Pengarah Filem Olympic Dream, Don Hoe

BUKAN ELEMEN SUKAN SAHAJA TAPI SEMANGAT PATRIOTIK JUA!

“Rentetan daripada sambutan Hari Malaysia minggu lalu, pihak kami membawakan sebuah filem yang penuh dengan nilai dan semangat cintakan tanah air menerusi Olympic Dream.

Filem ini bukan sahaja memaparkan elemen sukan semata-mata, tetapi memupuk semangat patriotik dan menghargai ‘perjuangan’ individu dalam menjulang nama negara di mata dunia.

Bikin Filem

Selain itu, kehadiran filem ini juga adalah bagi meraikan atlet-atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia selama ini.

Kami berharap usaha mempersembahkan filem ini kepada masyarakat mampu memacu pembangunan sukan di Malaysia. Khususnya badminton yang merupakan salah satu sukan yang menyatukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.”

-kata Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad


Jangan lupa untuk saksikan filem tentang sukan badminton, Olympic Dream yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 23 September 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 . Boleh juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand

Facebook |Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge