KAMPONG PISANG KITA SETANDAN LAWAK SEMPOI TAPI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rindu dengan filem arahan dari Mamat Khalid? Kalau ye ini mungkin dapat mengubat hati atau rindu anda.
KAMPONG PISANG KITA SETANDAN
Istimewa Sempena Hari Malaysia, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek arahan Pengarah tersohor Mamat Khalid.
Saksikan filem pendek berdurasi setengah jam ini di Astro 25 (saluran 100) pada 16 September, Khamis.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem pendek ini adalah Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman .
Kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry.
SINOPSIS
‘Kampong Pisang Kita Setandan’. Filem pendek ini bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung.
Kampung yang sangat terkenal di hati dan ingatan penonton iaitu Kampong Pisang.
Filem pendek ini ditulis oleh Mamat Khalid sendiri. Sudah menjadi kebiasaan, kemunculan watak Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim, Cik Purnama, Ahmad Yassin, Faguha Jabar.
Tidak di lupa penduduk Kampong Pisang yang akan dikejutkan dengan berita gempar . Atau masalah yang perlu diselesaikan.
Boleh dikatakan ‘jika tiada masalah, maka bukan Kampong Pisanglah namanya’.
Isu tercetus apabila Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Namun kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya.
Mengapa? Di sini geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencari kepastian .
Kena me-rescue demi memastikan keharmonian penduduk kampung itu. Berjayakah mereka? Saksikan avengers Kampong Pisang beraksi sekali lagi.
SEMANGAT BERSATU PADU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!
“Kampong Pisang Kita Setandan ini dihasilkan bagi menyemat semangat bersatu padu dalam diri kita sebagai rakyat
Malaysia.
Pengisian filem pendek ini bukan hanya tentang menyatukan semua bangsa dan meraikan kepelbagaian kaum di negara tercinta.
Malah adat serta budaya turut diangkat agar ia sentiasa didedahkan kepada generasi muda.
Saya harap, filem pendek ini bukan sahaja menghiburkan penonton dengan telatah penduduk Kampong Pisang. Naskhah ini serasi dengan jiwa semua generasi dan sekali gus mampu membina jiwa bangsa dan semangat bersatu hati.”
-kata Pengarah Kampong Pisang Kita Setandan, Mamat Khalid
JENAMA KAMPONG PISANG
“Bersempena Hari Malaysia, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek istimewa yang mengetengahkan konsep perpaduan kaum menerusi karya popular Kampong Pisang.
Menariknya, kali ini penonton dapat melihat jenama Kampong Pisang membawa mesej berbeza iaitu nilai patriotisme pula.
Terima kasih kepada Pengarah Mamat Khalid kerana sentiasa kreatif dalam menampilkan konten terbaik dan padat dengan mesej.
Kami berharap, Kampong Pisang Kita Setandan dapat menjadi inspirasi serta memupuk semangat perpaduan.
Selain dari keharmonian dalam kalangan masyarakat tempatan sempena meraikan Hari Malaysia dengan lebih bererti. Maklumat lanjut boleh layari