Ini bukanlah kali pertama Qayra Beauty Empire menganjurkan program CSR untuk membantu mereka yang memerlukan. Dan CSR 2.0 kali ini bukanlah kebetulan tetapi memang dalam cadangan untuk mengadakan sekurangnya 2-3 kali setahun.
QAYRA BEAUTY EMPIRE
“Jenama terkenal Qayra Beauty telah menganjurkan program CSR dimana menyalurkan bantuan kepada lebih 300 penerima bantuan keperluan harian. Untuk kali ini kita mensasarkan bantuan diberikan kepada 300 keluarga yang terawal walaupun kita tahu yang datang lebih dari 400 orang.
BANTUAN HARIAN
Untuk CSR 2.0, kite berikan bantuan keperluan harian seperti pampers, beras dan juga barangan keperluan asas. Insyallah kite ada juga beri duit tunai sebanyak RM50 untuk setiap sorang,”
Antara yang menerima sumbangan ini dalah dari serata daerah Kota Bharu, Pasir Puteh, Pengkalan kubur, Tumpat dan Besut.
-kata pemilik, Qayra Beauty Empire, Noor Faqirah Abdullah.
BELANJA LEBIH 30 RIBU RINGGIT UNTUK KEBAJIKAN?
Jika dikira dari mula hingga kini, lebih kurang 30 ribu ringgit dibelanjakan bagi tujuan kebajikan. Dengan CSR ini juga membuka ruang buat leader-leader di Qayra Beauty Empire untuk turut menyumbang dan turun padang membantu.
Seramai 25 Leader dari Putrajaya, Bachok, Machang Kota Bharu, Ketereh dan beberapa lagi daerah rurung padang sertai program CSR 2.0 kali ini. Sehingga kini Qayra Beauty memiliki lebih dari 8000 usahawan dibawah syarikat ini.
FOKUS BERI SUMBANGAN, RINGANKAN BEBAN
Kenaikan harga barangan keperluan & ekonomi yang masih lagi tidak stabil membuatkan ramai yang terkesan. Terutamanya mereka yang tidak mempunyai perkerjaan tetap mahupun tanggungan yang ramai. Antara sebab inilah yang membuatkan pengasas produk ini ingin membantu memberi barangan keperluan dengan memberi fokus pada sekeliling.
” CSR ini fokus membantu orang sekeliling dengan akibat keadaan ekonomi sekarang seperti harga barang naik mendadak. Seperti contoh, pampers dengan tetiba naik harga tinggi. Kalau dulu belas ringgit pun boleh dapat tetapi sekarang puluh ringgit.
Selain itu juga tumpuan diberikan pada yang betul-betul susah atau tidak mempunyai wang. Mana taknya mereka ini yang paling terkesan bila harga barang naik kerana akan rasa barangan itu terlalu bernilai dan berharga.”
-kongsinya lagi.
JOM KONGSI REZEKI!
Buat yang ingin turut serta berkongsi rezeki boleh saja dengan membeli barangan dari produk mereka. Sebahagian pulangan yang diperolehi menerusi jualan disalurkan pada mereka yang memerlukan. Pada masa yang sama sebahagian hasil jualan dberikan pada Sekolah Tahfiz untuk membantu bayaran bil elektrik dan sebagainya.
Antara produk yang dikeluarkan melalui Qayra Beauty Empire adalah QB UK Gel QB Anti cellulite Cream, Slimocha Premix Coffee, Slimberry dan Slimz Oat Premix Choco. Ada juga Fatz Blocker, QB Slimming Girdle , Tintet Kulet dan HKT (Herba Kurus Tradisional) antara yang dapat sambutan.
Tidak semua sumbangan yang diberikan patut dicerita atau diwar-warkan pada semua. Yang penting tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.