Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Putra Fawwaz Lancar Single Baru Gerimis Musim Rindu| BBNU atau Budak Baru Nak Up diberikan pada penyanyi muda kini. Bukan suka-suka diberi gelaran tetapi kerana penyanyi muda kini tumbuh bak cendawan. Selepas seorang demi seorang yang keluarkan single terbaru. Tidak terkecuali dengan Putra Fawwaz.
Muhammad Izwal Fawwaz bin Abdul Talib atau Putra Fawwaz, berusia 23 tahun yang sebelum ini berkerja sebagai seorang mekanik tidak terkecuali bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang penyanyi. Genre pilihan mengikut suara pastinya genre rock atau pop rock.
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu bukan? Berkat sokongan dari ibu iaitu Dato’ Rohana terhasillah single/lagu buat Putra Fawwaz. Memang berminat bermain alat muzik seperti gitar, keyboard dan drum. Bukan satu single tetapi 3 lagu genre Pop Balada. Lagu yang bakal menjadi hit adalah Gerimis Musim Rindu, Bertabahlah dan Bukan Cinta Sedulang Permata. Kesemua lagu ini dicipta oleh komposer terkenal iaitu S. Atan dan SISO Kopratasa
“Saya memang meminati rock atau hip hop tetapi bila diperkenalkan oleh Syed Wafa kepada Uncle S.Atan mereka mengsyorkan lagu genre pop balada. Mencuba membawa lagu ini dengan cara tersendiri dan berharap para peminat dapat menerima lagu ini. Lagu ini lebih kepada ratapan, sedih dalam percintaan jua kerinduan. Saya hadiah dan dedikasikan lagu single ini buat mak tersayang. Kelebihan saya dari BBNU ialah saya boleh membawa pelbagai genre. Segala promosi akan diaturkan oleh pihak Rohana Productions.
-katanya sewaktu ditemubual media.
Pelancaran lagu kali ini dihadiri oleh artis-artis lagenda seperti Zaiton Sameon, Siti Fairuz, Rozita Rohaizad dan ramai lagi. Harapan agar diterima dalam industri sebagai pendatang baru. Sedia menerima kritikan postitif mahupun negatif dan menjadikan ia semangat untuk meneruskan nyanyian dalam industri seni.
Putra Fawwaz gemar melakukan aktiviti sukan lasak, bermain bola sepak dan jamming. Putra Fawwaz juga pernah menganggotai sebuah band dan bermain drum. Bermain alat muzik