Karya Judul Berserah Kolaborasi Zizan dan Ismail Izzani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Karya Judul Berserah Kolaborasi Zizan dan Ismail Izzani| Zizan Razak, seorang pelakon, pelawak, pengacara dan juga penyanyi rap popular. Bukan sahaja mampu memberikan yang terbaik di atas pentas dan layar lakonan, Zizan juga sering menunjukkan sisi lainnya kala menyampaikan lagu-lagu rapnya sendiri.

Kali ini Zizan tampil dengan sebuah karya baru berjudul Berserah bersama dengan seorang lagi bintang muda terkenal, Ismail Izzani. Semua tahu yang Ismail Izzani mula mengukir nama sejak beberapa tahun lalu, dan kini tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang diminati generasi masa kini. Lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap hebat, Alif dan lirik oleh Ariz ini dimana ianya adalah kolaborasi pertama Zizan bersama Ismail Izzani. Ia membawa mesej positif secara tidak langsung mengajak orang lain untuk berbuat baik juga.

”Lagu Berserah ini membawakan mesej positif. Selain itu juga penyampaian lagu ini  hasil kombinasi di antara Zizan Razak dan juga Ismail Izzani di harapkan boleh memberikan impak yang baik kepada semua yang mendengar. ”

-kata Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records

Lagu ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Artist : Zizan Razak & Ismail Izzani
Title : Berserah
Composer : Alif for Magic Potions
Lyrics : Alif for Magic Potions / Ariz for Talegas Production

Official Video Lirik Lagu Berserah



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge