PROPEL GLOBAL CATAT KENAIKAN 246.2% KEUNTUNGAN FY2023, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
PROPEL GLOBAL
Penyedia perkhidmatan minyak dan gas (“O&G”) serta bahan kimia khusus hiliran kepada industri O&G iaitu PROPEL GLOBAL BERHAD (“Propel Global” atau “Kumpulan”),
Mengumumkan bahawa Kumpulan melaporkan peningkatan hasil sebanyak 12.3% kepada RM24.7 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2023 (“3Q FY2023”).
Berbanding RM22.0 juta pada 3Q FY2022 dengan pengembangan jangkauan perkhidmatannya.
KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI
Walaupun keuntungan sebelum cukai (“PBT”) bagi kedua-dua segmen O&G dan Perkhidmatan Teknikal telah meningkat daripada 3QFY2022, kos pentadbiran korporat yang lebih tinggi memberi impak terhadap keuntungan Kumpulan.
Kumpulan mencatatkan penurunan PBT sebanyak 28.1% kepada RM0.9 juta bagi 3Q FY2023 berbanding PBT sebanyak RM1.2 juta pada 3Q FY2022.
SEGMEN OPERASI O&G PULA
Dari segi segmen, operasi O&G Kumpulan melaporkan hasil sebanyak RM12.1 juta dan PBT sebanyak RM2.7 juta untuk 3Q FY2023.
Manakala Perkhidmatan Teknikal menyumbang hasil sebanyak RM12.6 juta dan PBT sebanyak RM1.1 juta.
Segmen lain Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.9 juta bagi suku yang ditinjau disebabkan perbelanjaan pentadbiran korporat.
Seperti caj profesional dan kos kakitangan daripada operasi berterusan.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2023 (“9M FY2023”), Propel Global mencatatkan peningkatan sebanyak 14.3% dalam perolehan kepada RM67.4 juta. Jika berbanding RM59.0 juta pada 9M FY2022.
PBT Kumpulan bagi 9M FY2023 meningkat sebanyak 2.5 kali ganda kepada RM6.8 juta berbanding RM2.0 juta pada 9M FY2022.
SUKU KEUNTUNGAN
“Kumpulan sekali lagi melaporkan satu lagi suku keuntungan ketika kami terus memberi tumpuan kepada mengukuhkan prestasi kewangan kami dengan memanfaatkan kepakaran dan kekuatan kami.
Ini merupakan suku ketiga berturut-turut kumpulan telah mencatatkan prestasi kewangan yang positif sejak disenaraikannya. Dengan dua segmen perniagaan utama O&G dan perkhidmatan teknikal menyumbang secara positif.”
“Kami ingin memberi jaminan kepada pemegang saham dan pihak berkepentingan lain bahawa pihak pengurusan sedang berusaha ke arah menaikkan status PN17 Kumpulan.
Prestasi kewangan positif Kumpulan sehingga kini dijangka akan disokong oleh harga minyak mentah yang stabil . Permintaan yang memberi manfaat kepada perniagaan seperti kami yang terlibat dalam perkhidmatan O&G.”
-kongsi Cik Angeline Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Propel Global
TERIMA KASIH
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang telah menunjukkan semangat berpasukan yang baik.
Manakala pelanggan dan pembekal kami menunjukkan kepercayaan dan sokongan yang tinggi terhadap Kumpulan.
“Adalah diramalkan bahawa Kumpulan akan bergerak ke peringkat seterusnya sebaik sahaja status PN17 dinaikkan.”
-kongsinya lagi