PROGRAM DANA ZAKAT MAYBANK ISLAMIC BANTU USAHAWAN MIKRO!

Meneroka Jalan Kejayaan: Program Keusahawanan yang Memperkasa Asnaf ke Arah Masa Depan Lebih Cerah.

PROGRAM DANA ZAKAT MAYBANK ISLAMIC

Sebanyak 60 usahawan mikro asnaf dari tujuh buah negeri telah berjaya menerima manfaat besar melalui Program Kelestarian Perniagaan: Memperkasa Aspek Persekitaran, Sosial, dan Tadbir Urus Mikro Enterprise Asnaf 2024.

RIGHT TRACK EDUCATION SDN BHD [RTE}

Program lima hari ini, yang berlangsung dari 25 hingga 29 November 2024 di Adamson Hotel, Kuala Lumpur, merupakan salah satu inisiatif strategik hasil dana zakat yang disumbangkan oleh Maybank Islamic Berhad.

Program ini dianjurkan oleh Right Track Education Sdn Bhd (RTE) dengan kerjasama pelbagai agensi keusahawanan tempatan. Ia bertujuan memperkasakan golongan asnaf dengan kemahiran holistik, pendedahan kepada ekosistem keusahawanan sebenar, dan pengetahuan strategik untuk bersaing dalam dunia perniagaan moden.

TRANSFORMASI HIDUP USAHAWAN MIKRO ASNAF

Program ini menyasarkan golongan asnaf dari Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Terengganu, menyediakan mereka dengan latihan intensif dalam aspek pemasaran digital, pengurusan perniagaan, serta strategi pemasaran media sosial.

Peserta bukan sahaja mendapat pengetahuan teori, tetapi juga pengalaman praktikal untuk mengaplikasikan teknik baharu dalam perniagaan masing-masing.

PENINGKATAN PRESTASI PERNIAGAAN PARA PESERTA

“Kejayaan program ini dapat dilihat melalui peningkatan prestasi perniagaan para peserta. Sebahagian besar mereka kini mampu menggunakan platform digital seperti TikTok dan Shopee untuk meningkatkan jualan dan memperluas rangkaian perniagaan mereka.”

Beliau juga menegaskan bahawa pendekatan program yang menyeluruh memastikan peserta lebih bersedia menghadapi cabaran perniagaan di era digital ini.

-Pengarah Latihan RTE, Mohd Syariffudin Baddaruldin

zainol ucapan peserta

USAHAWAN ASNAF INSPIRASI

MIQDAD BIN HANAFI

Seorang usahawan asnaf dari Kedah, adalah antara peserta yang berjaya mencapai transformasi besar melalui program ini. Beliau, yang sebelum ini hanya memperoleh hasil jualan bulanan sekitar RM500, kini mampu mencatatkan jualan sebanyak RM3,000 sebulan selepas mengaplikasikan strategi pemasaran digital yang dipelajari.

“Program ini benar-benar membuka mata saya tentang potensi besar platform digital. Dengan tunjuk ajar tenaga pengajar, saya belajar menggunakan TikTok sebagai ejen jualan, dan hasilnya sangat luar biasa,” katanya.

Miqdad, yang mengusahakan produk makanan kering seperti maruku dan karipap frozen, turut menyeru golongan asnaf lain agar merebut peluang menyertai program-program pembangunan keusahawanan seperti ini.

HALIMAH BINTI BAKAR

Manakala bagi Halimah Binti Bakar, seorang usahawan bakeri dari Pahang, pengalaman menyertai program ini telah memberinya keyakinan baharu. Sebelum ini, beliau tidak pernah terfikir untuk menggunakan platform Shopee atau TikTok untuk memasarkan produknya.

Namun, selepas menghadiri latihan ini, beliau mula bereksperimen dengan siaran langsung dan jualan dalam talian.

“Sebenarnya banyak peluang di platform digital. Program ini benar-benar memberi saya inspirasi dan keberanian untuk mencuba perkara baharu,”

-ujar Halimah penuh semangat.

SOKONGAN DANA ZAKAT MAYBANK ISLAMIC

KEJAYAAN BERSAMA YANG DIRASAI

“Maybank Islamic memperuntukkan lebih RM390,000 dalam bentuk dana zakat untuk memastikan program ini memberikan impak yang signifikan kepada usahawan asnaf.” Beliau menambah bahawa usaha ini selaras dengan matlamat syarikat untuk mengagihkan zakat secara produktif, membantu komuniti asnaf mengembangkan potensi mereka dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.

Sebagai insentif tambahan, setiap peserta menerima geran tunai bernilai RM1,000 serta sijil penyertaan selepas berjaya melengkapkan program ini. Dana ini bertujuan membantu mereka memulakan inisiatif yang dipelajari dalam latihan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

-Ketua Pengurusan Shariah Maybank Islamic, Munawwaruzzaman Mahmud

KOMITMEN BERTERUSAN DARI RIGHT TRACK EDUCATION

Dalam ucapan penutupnya, menekankan pentingnya membangunkan ekosistem sokongan yang kukuh untuk usahawan asnaf. “Dengan sokongan seperti ini, kami percaya peserta akan mampu melangkah lebih jauh dalam perniagaan mereka, menjadi lebih mampan dan berdaya saing,”

-Pengasas dan Pengarah Urusan RTE, Ragunathan Marthammuthu

RTE, sebuah institusi pendidikan dan latihan yang terkenal dengan pendekatan praktikal, terus komited untuk membimbing usahawan tempatan dalam pelbagai bidang. Selain latihan teknikal, mereka turut memberi tumpuan kepada kelestarian perniagaan dalam era digital.

kerja lapangan terbaik kumpulan 5
MOHAMAD ROHAIZAD BIN ABDULLAH video terbaik
CABUTAN BERTUAH 1

Tahniah buat perserta, moga ada kesinambungan lagi program seperti ini !

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge