PORTAL EKSKLUSIF EARLY BOOKING SAVERS DI RESORTS WORLD GENTING!

Di manakah anda dapat menikmati hiburan istimewa dalam suasana semula jadi yang menakjubkan? Pastinya di Resorts World Genting! Dengan harga bilik serendah RM68 untuk satu malam. Ini adalah tawaran terbaik untuk percutian keluarga anda melalui Portal Eksklusif Early Booking Savers di Resorts World Genting.

PORTAL EKSKLUSIF EARLY BOOKING SAVERS

Udara segar dan sejuk serta pemandangan yang memukau di Resorts World Genting boleh mencipta suasana sempurna untuk percutian impian anda! Melalui portal eksklusif Early Booking Savers, anda boleh melihat ketersediaan bilik sehingga 31 Mac 2025.

PELBAGAI PENGINAPAN BERKUALITI

Kini, anda boleh merancang tarikh percutian dan menempah bilik pilihan anda sehingga enam bulan lebih awal! Pilih dari pelbagai penginapan berkualiti di Resorts World Genting.

GENTING GRAND

Terdapat Genting Grand yang mewah, Resorts World Awana yang terinspirasi oleh keindahan alam, dan Crockfords yang bergaya moden.

HOTEL DI GENTING SEPERTI

Jangan ketinggalan, terdapat juga Hotel Highlands yang selesa, Hotel Resorts yang menawarkan harga berpatutan, Hotel First World yang mesra bajet, serta Hotel Genting SkyWorlds yang menarik dengan bilik quad dan sixers.

Hotel-hotel ini terletak hanya beberapa langkah dari taman tema Genting SkyWorlds yang terkenal di kalangan pengunjung yang ingin merasai keseronokan. Dengan 10,500 bilik yang ditawarkan di 7 lokasi, anda pasti akan menemui pilihan ideal yang sesuai dengan bajet anda!

Tingkatkan peluang anda untuk mendapatkan bilik berkualiti dengan harga yang berpatutan melalui pendaftaran Genting Rewards Card (GRC) di rwgenting.com.

EARLY BOOKING SAVERS

Seterusnya, layari laman web Resorts World Genting dan klik pada banner iklan Early Booking Savers untuk memilih penginapan dan tarikh yang anda inginkan.

(Tip berguna: Untuk musim cuti puncak seperti cuti sekolah hujung tahun dan Tahun Baru Cina, bilik cepat habis dijual. Jadi, pastikan anda tempah sekurang-kurangnya dua bulan lebih awal!)

UNTUK AHLI GRC

Nikmati pelbagai tawaran hebat di portal Early Booking Savers, dengan bilik di Hotel First World bermula serendah RM68 untuk ahli GRC! Tempah penginapan anda lebih awal dan nikmati tawaran terbaik.

“Kami sentiasa berusaha untuk menghargai pelanggan setia. Promosi Early Booking Savers menawarkan ahli GRC menikmati dua manfaat. Satu pilihan bilik yang lebih luas dan potongan harga yang optimum jika mereka membuat tempahan beberapa bulan sebelum tarikh penginapan mereka”.

Dengan pelbagai acara, tarikan dan pilihan hiburan yang sentiasa berlangsung, setiap hujung minggu di pusat hiburan di atas awan ini menawarkan pengalaman yang berbeza!

-Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting.

Website Resorts World Genting|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge