Tiada berita yang lagi menarik apabila Nuh Travel & Tours menjalin kerjasama dengan Saudi, Dubai dan Emirates Tourism baru-baru ini.

NUH TRAVEL & TOURS

Menyediakan penerbangan terus dari Malaysia ke destinasi pilihan anda dan tidak merumitkan mana-mana pihak. Jalinan kerjasama ini memberi peluang kepada kita mengembara dan mengambil iktibar dari perjuangan Nabi & Rasul yang kita sayangi.

Pada mereka yang Non Muslims boleh menaiki penerbangan Saudia dan Emirates. Kedua-dua syarikat ini banyak destinasi penerbangan di seluruh dunia.

Nuh Travel and Tours umum kerjasama strategik bersama Saudia, Saudi Travel Authority, Emirates, dan Dubai Tourism untuk membangunkan produk Umrah dan Pelancongan Muslim yang kompetitif untuk Rakyat Malaysia. Nuh Travel and Tours merupakan penyedia utama perkhidmatan pelancongan dan ziarah untuk umat Islam melakar sejarah dengan kerjasama yang dimeterai dalam dua acara berprestij di Hotel Royale Chulan Damansara, menandakan era baharu dalam pengalaman pelancongan dan umrah untuk umat Islam di Malaysia.

Acara ini dihadiri oleh wakil-wakil terkemuka dari Saudia, Saudi Tourism Authority, Emirates, Dubai Tourism, dan Nuh Travel and Tours. Kerjasama ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, sambil menawarkan produk pelancongan dan umrah ziarah yang lebih kompetitif dan sesuai untuk semua lapisan rakyat Malaysia. Inisiatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim dengan lebih baik dan menyeluruh.

Tuan Hj Abdul Halim Aliumar, Ketua Pegawai Eksekutif NUH Travel and Tours berkata, “Kami amat berbangga kerana Saudia, Saudi Tourism Authority, Emirates, dan Dubai Tourism telah memilih untuk menjadi rakan strategik kami. Kerjasama ini bukan sahaja akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami, tetapi juga membolehkan kami memperkenalkan pakej-pakej pelancongan dan umrah yang lebih mampu milik, fleksibel, dan sesuai dengan kehendak serta trend terkini rakyat Malaysia. Bersama-sama, kami akan menetapkan piawaian baharu dalam industri pelancongan Muslim.”

Beliau juga menambah, “Kerjasama ini akan memberi pelanggan kami peluang untuk menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh dalam menunaikan ibadah umrah dan melawat Saudi melalui pakej baharu kami, ‘Lawat Saudi 6 Kota’. Pakej ini direka untuk memberikan jemaah umrah peluang melawat tempat-tempat bersejarah dan sirah di Saudi.

Di samping itu, kerjasama kami dengan Emirates dan Dubai Tourism membolehkan pelanggan menikmati pakej pelancongan ke serata Eropah dengan harga yang lebih kompetitif serta ziarah ke Kota Dubai bagi penerbangan Umrah Ziarah Dubai, menawarkan mereka pengalaman yang memenuhi keperluan ibadah dan juga kehendak melancong bersama keluarga.”


SAUDIA DAN SAUDI TRAVEL AUTHORITY MAHU DESTINASI DI ARAB SAUDI MENJADI KEMBARA ROHANI YANG LEBIH LUAS

Terbang Terus dengan SAUDIA ke lebih 90 destinasi di seluruh. Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Utara. 

Tuan Mohammad Adam Jalalel Din; Ketua Pegawai Operasi NUH Travel and Tours menzahirkan rasa bangga dan kegembiraan mereka atas kerjasama ini. “Pakej-pakej yang disediakan oleh NUH Travel & Tours adalah dari pengalaman kami merealisasikan banyak trip pelancongan. Walaupun harga mampu milik, kami tidak akan menurunkan kualiti dari pemilihan syarikat penerbangan. 

EMIRATES AIRLINES DAN DUBAI TOURISM BERSEDIA MEMBAWA PENGEMBARAAN ISTIMEWA KE LOKASI TERBAIK DI DUBAI

Sehingga Mac 2023, Emirates mengendalikan penerbangan ke 133 destinasi di 85 negara merentasi enam benua dari habnya di Dubai. 

PAKEJ UMRAH 6 KOTA SAUDI MEMPERKENALKAN TARIKAN TERKINI DI ARAB SAUDI

Arab Saudi dikenali dengan lokasi yang sangat dekat buat umat Islam. Jika kebiasaannya jemaah hanya melawat Madinah dan Mekah, kali ini NUH Travel and Tours memperkenalkan pakej 6 kota paling terkenal di Saudi dalam satu pakej istimewa! Anda akan melawat Mekah, Madinah, Jeddah, Badr, Al-Ula, dan Taif.

Sedikit pengenalan berkenaan negara Arab Saudi. Arab Saudi, secara rasmi Kerajaan Arab Saudi (KSA) ialah sebuah negara di Asia Barat dan Timur Tengah. Ia meliputi sebahagian besar Semenanjung Arab dan mempunyai keluasan tanah kira-kira 2,150,000 km2 (830,000 batu persegi), menjadikannya negara kelima terbesar di Asia dan yang terbesar di Timur Tengah. Ia bersempadan dengan Laut Merah di sebelah barat; Jordan, Iraq, dan Kuwait di utara; Teluk Parsi, Bahrain, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu di timur; Oman ke tenggara; dan Yaman di selatan. 

Ibu kota dan bandar terbesar ialah Riyadh; bandar-bandar utama lain termasuk Jeddah dan dua bandar paling suci dalam Islam, Mekah dan Madinah. Dengan populasi hampir 32.2 juta, Arab Saudi adalah negara keempat paling ramai penduduk di dunia Arab. 

Sebagai umat Islam, kisah-kisah perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat paling Ruby inging tahu dan melihat sendiri lokasinya. Semoga Ruby berpeluang ke sana. InsyaAllah. 

BOOTH NUH TRAVEL AND TOURS DI MATTA FAIR

Sempena kerjasama ini, Nuh Travel and Tours turut melancarkan promosi khas sempena MATTA Fair yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 September di MITEC. Sebanyak 12 booth akan dibuka di MITEC dan menawarkan pelbagai promosi menarik, antaranya:

  • Pakej Umrah 6 Kota Saudi bermula dari RM7,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk lawatan ke 6 kota paling terkenal di Saudi seperti Mekah, Madinah, Jeddah, Badr, Al-Ula, dan Taif.
  • Pakej Umrah Ziarah Milan + Switzerland bermula dari RM12,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk penginapan di Menara Jam di Mekah dan peluang untuk lawatan percuma ke Mount Titlis bernilai RM600.
  • Pakej Umrah Ziarah Dubai bermula dari RM8,090, termasuk lawatan ke Kota Dubai dan penginapan di hotel Menara Jam di Mekah. Pakej ini menggunakan penerbangan Emirates.
  • Pakej Pelancongan Muslim Swiss-Milan bermula dari RM6,990 dengan penerbangan Emirates.
NUH TRAVEL AND TOURS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAUDIA, SAUDI TOURISM AUTHORITY, EMIRATES DAN DUBAI TOURISM

Promosi ini akan berakhir pada 9 September dan tempat adalah terhad. Penerbangan sehingga Disember 2025 kini dibuka untuk tempahan, dan pendaftaran untuk promosi ini boleh dimulakan sekarang.

Bagi mengelakkan kesesakan di MITEC, pelanggan juga boleh melawat laman web rasmi NUH Travel and Tours dan berhubung dengan perunding jualan secara dalam talian.

6 SEPT – 8 SEPT 2024

Bakal berlangsung bermula 6 Sep – 8 Sep 2024; 10 Pagi – 10 Malam di MITEC, Kuala Lumpur dan NUH Travel & Tours berada di Booth 2P59 Tingkat 2. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan Promosi, Diskaun dan Cabutan Bertuah bernilai sehingga RM 20,000! 

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge