Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pilihan Ala Carte Favourites Di Coffee House Sunway Putra Hotel| Menikmati minum petang bersama-sama keluarga tersayang pastinya indah. Indah lagi bila menikmati hidangan tanpa ada gangguan dan berseronok bertukar cerita

Kali ini berkongsi mengenai hidangan di Coffee House Sunway Putra Hotel. Menariknya minum petang KP kali ini  Ala Carte Favourites menghidangkan pelbagai menu tradisional, barat dan juga timur tengah .

Pilihan Ala Carte Favourites ada dalam 8 pilihan . Menu barat, tradisional dan timur tengah.

Yang bestnya jika anda memesan antara menu ini ia disertakan sekali bersama sepinggan dessert dan pilihan air panas sama ada air teh atau kopi.

Pilihan menu :
  • Creamy Seafood Tomato Spaghetti
  • Lamb Keema With Naan Bread
  • Classic Soft Shell Crab Salad
  • Confit Chicken Breast & Avocado Sandwich
  • Classic Pan Seared Salmon Fish with Lemon Butter Sauce
  • Scallop Fried Rice
  • Onion Soup
  • Moroccan Lamb Wrap

Ini pilihan si anak dara Qurratul . Mencuba Scallop Fried Rice . Banyaknya lauk dia didalam sepinggan

Dari sedikit salad, kepak ayam, satay ayam , telur mata, nasi goreng scallop,acar buah dan juga keropok sayur

Siap dengan pilihan air teh

Ini adalah setnya. Set Scallop Fried Rice, air teh dan sepinggan dessert

Si anak teruna Irfan pula memilih Classic Pan Seared Salmon Fish with Lemon Butter Sauce.

Salmon memang favourite Irfan dan sanggup pilih menu ini walau ada yang lagi sedap. Siap ngan pan seared salmon, sedikit sayuran campuran dan juga kentang. Yang menjadi hidangan awesome sos lemon butter

Complete set ye, siap dengan air dan sepinggan dessert

Dessert atau pencuci mulut Ala Carte Favourites untuk hari itu adalah kek , pastri dan buah-buahan

Tengok saja sikit tapi sebenarnya kenyang perut selepas menikmati mana-mana set ala carte favourites. Kalau tak percaya kenalah datang sendiri dan cuba. Sure setuju dengan apa yang KP kongsikan

Menu yang ada tidak semestinya untuk dinikmati sewaktu petang boleh sahaja pada waktu

Masa :  11pagi hingga 9malam
Set Harga : RM 28nett
Untuk membuat sebarang reservation : 03 4040 9888

Facebook : https://www.facebook.com/sunwayputrahotelkl/

Entri ini adalah throwback percutian kami sehari sebelum ayah mertua pergi menghadap Allah SWT. Lama menanti masa yang sesuai untuk berkongsi percutian kami. Harap maaf diatas kelewatan ye



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge