Penutup Air Mineral Ada 3 Warna Tapi Tahukah Anda Apa Maksudnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penutup Air Mineral Ada 3 Warna Tapi Tahukah Anda Apa Maksudnya|Perasaan tak masa anda membeli air mineral ada yang berwarna hijau, biru maupun putih? Ada yang tidak kisah dengan warna penutup asalkan ianya air yang boleh diminum. Ada pula yang mahu warna penutup yang diinginkan sahaja.

Ini dikongsikan penutup air mineral yang anda patut tahu.

Image result for penutup botol air mineral

Penutup biru- ianya diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan. Selesai sahaja baru dibotolkan dan dilabelkan sebagai air mineral

Penutup putih – air paip yang ditadah dan kemudian melalui proses penyulingan. Bahan kimia ditambah semasa menjadi air paip jadi hilang keaslian air tersebut. Kebiasaan di labelkan sebagai air minuman atau drinking water

Penutup hijau – air mineral semulajadi. Diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Kandungan mineral dan lokasi tempat pengambilan wajib dilekatkan pada label botol ini.

Haa.. sekarang pastinya anda tahu yang mana patut dibeli untuk diminum bukan. Tak sangka ada beza rupanya setiap penutup ini . Ingatkan setakat branding saja… hahahahah

Peringatan jangan dibiarkan botol mineral dibiar lama

Kadang-kadang menjadi tabiat dimana membiarkan botol air mineral didalam kereta. Dengan harapan jika terjadi apa apa seperti kesesakan lalu lintas ada air minuman untuk diminum. Tahukah anda yang sebenarnya air mineral terutama botol plastik tidak elok di biarkan didalam kereta lama dan terus diminum.

Kajian dibuat dimana, tabiat meminum air yang ditinggalkan lama didalam kereta boleh mengakibatan kanser. Rancangan informasi seperti ‘The Ellen Show’ ada berkongsi antara penyebab utama kanser adalah ini. Wanita tidak digalakkan sama sekali minum minuman yang lama berada didalam kereta terutama botol plastik.

Kimia yang terdapat di botol mengakibatkan kanser payudara. Hawa panas menyebabkan toksin atau racun pada plastik bocor dan bercampur dengan air.  Air yang terdedah pada matahari sememangnya tidak elok diminum kerana keberangkalian boleh bertukar menjadi racun.

Sekadar berkongsi informasi tentang air botol mineral dan keberangkalian penyakit yang boleh terkena jika tidak berhati-hati. Bak kata doktor lebih baik mencegah dari merawat ye

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge