Cabaran Wipe Out buat Peminat Taman Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

CABARAN WIPE OUT BUAT PEMINAT TAMAN AIR|Sunway Lagoon kini memperkenalkan tarikan baharu buat pengunjung sempena cuti sekolah sepanjang 1-31 Disember 2018!

Bergembira dengan pelbagai permainan air di taman tema Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya seawal 10 pagi sehingga 9 malam pada setiap Jumaat, Sabtu & Ahad!

wipeout sunway lagoon


Sunway Lagoon memperkenalkan cabaran larian ‘It’s Wipe Out’ yang menguji ketangkasan fizikal pengunjung.

Menangi hadiah harian Speaker JBL manakala pemenang bulanan berpeluang memiliki GoPro Hero 7 bernilai RM1,900.00 dengan catatan masa terpantas melengkap kan keseluruhan cabaran.

Buat kanak-kanak, berhibur di arena Kids Zone yang menampilkan kolam buih diiringi muzik dan persembahan DJ jemputan.

Minum Petang bersama

Malah sepanjang Disember 2018 ini, pengunjung boleh menikmati kemeriahan acara minum petang bersama keluarga yang diserikan dengan kehadiran Santa, Kapten Quack dan Lady Quack – maskot terkenal di taman tema ini!

Acara minum petang yang bermula 2.30 sehingga 5.30 petang ini turut menawarkan sesi demonstrasi pembuatan roti Ginger serta tayangan filem krismas!

wipeout sunway lagoon

Bermula jam 7.30 malam, sertai perarakan malam ‘Night Parade’ yang julung kali ditampilkan! Kami di xtra.com.my cukup teruja dengan kelincahan penari jalanan malah tidak salah untuk kami katakan, perarakan malam Sunway Lagoon ini setaraf dengan tarikan yang terdapat di taman tema terkenal dunia!

Dan akhiri aktiviti anda dengan hidangan buffet secara barbeku di tepian kolam ombak sehingga 9 malam – aneka hidangan makanan laut seperti udang bakar, ikan bakar, kambing panggang dan pelbagai lagi pasti mencuit memori seolah bersantai di tepian laut!

Selain promosi istimewa sepanjang Disember 2018, Sunway Lagoon turut menawarkan pelbagai permainan ekstrim termasuk roller coaster selain taman haiwan liar yang menampilkan harimau putih dan pertunjukan haiwan jinak.

Tiada yang menarik lagi apabila anda berada disini bersama rakan-rakan untuk menghabiskan cuti tahunan, bersama mereka yang tersayang terutama ibu ayah, adik beradik mahupun anak-anak.

Disini semua dapat bermain mainan atau turut serta dalam aktiviti yang ada. Terutama sekali pada malamnya ada jamuan buffet barbeku yang dapat dinikmati

Maklumat lanjut layari

Website| Facebook |



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge