Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penglibatan Anda Dalam DFKL2019 Kini Bermula!|Panggilan kepada pengarah-pengarah baharu! Pertandingan Drama Pendek DFKL kini telah dibuka penyertaan dengan mempertaruh hadiah bernilai sehingga RM18,000 untuk dimenangi. Selain itu, orang ramai juga diseru untuk mengundi pilihan artis dan drama mereka di portal
hiburan www.dfkl.com.my bermula 1 Februari yang lalu.

“Semenjak pengenalan DFKL pada tahun 2014, pertandingan drama pendek ini merupakan antara pertandingan yang disertai ramai. Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini, oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019.

Rebutlah peluang yang kami sediakan dan menangi hadiah wang tunai RM10,000 (juara), RM5,000 (Naib Juara), dan RM3,000 (tempat ketiga). Selain itu, penglibatan orang awam dibuka lagi dengan mengalu-alukan mereka mengundi artis pilihan mereka dalam kategori Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

Setiap individu boleh menurunkan undian mereka sebanyak 10 undian setiap hari kepada mana-mana pilihan mereka dimana undian-undian mereka akan menentukan pemenang pada malam anugerah DFKL bagi kategori
yang dipertandingkan kelak.”

-kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak,

Garis Panduan DFKL 2019

Bagi pertandingan drama pendek pula, terdapat beberapa garis panduan untuk rujukan para peserta
pertandingan drama pendek ini.
1. Pastikan tiada sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini
dipaparkan di dalam video.
2. Muzik atau sebarang audio yang digunakan wajib berstatus bebas royalti.
3. Dilarang sama sekali menggunakan unsur unsur lucah, politik, penghinaan terhadap agama dan
bangsa, budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat, frasa lucah atau menjurus
kepada bahasa kasar.
4. Baca dan faham terma & syarat penuh penggunaan dan pertandingan drama pendek yang berikut.

Syarat Penyertaan DFKL2019 :

1. Tema : Realiti Dunia Media Sosial
2. Jalan cerita harus mempunyai nilai pengajaran, kemasyarakatan dan tidak melanggar etika,
sensitiviti agama dan budaya
3. Durasi video: 3-5 minit
4. Hantar video melalui laman sesawang www.dfkl.com.my
5. Tarikh tutup penyertaan : 1 Mac 2019
6. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja

DFKL 2019 mengangkat tema “#positifselalu” untuk menyerap budaya pemikiran dan perlakuan positif
dalam kalangan penonton TV dan juga pengguna media sosial. Ikuti perkembangan terkini DFKL 2019 di
laman media sosial Facebook, Instagram, Twitter @TV3Malaysia dan portal rasmi www.dfkl.com.my.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge