Pelancaran Smart City Smart Exchange Berjalan Dengan Lancar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelancaran Smart City Smart Exchange Berjalan Dengan Lancar|Majlis Pelancaran dan Sidang Media Zhejiang Victory Bench Hyperledger adalah satu kesinambungan dari Majlis Penerangan “Victory Bench Hyperledger Blockchain” Dan AI Technologi untuk Hub Berteknologi Tinggi Antarabangsa Malaysia yang telah di adakan pada Januari lalu. Kali ini pelancaran Smart City Smart Exchange pula.

Perkongsian tentang system yang terdapat di dalam pembangunan Smart City iaitu Smart City Technology, Social Network Monitoring Technology dan Fabulous Blockchain Crypto Pass Exchange System dimana system ini bakal dibangunkan di Malaysia oleh Syarikat Zhejiang Victory Bench Blockchain Technology dalam masa terdekat. Perkongsian ini dibentangkan oleh wakil dari pihak syarikat ini pada majlis pelancaran.

Perkongsian hari ini adalah lebih kepada Smart City. Smart City sebenarnya termasuk semua teknologi didalamnya. Antaranya adalah konvensional teknologi, konvensional internet dan juga ‘Blockchain’. Blockchain adalah ‘enhance internet trustworthy’. Ia meningkatkan kepercayaan didalam proses ini. Ianya tidak terhenti di sini dimana kami melangkan setapak lagi dengan menggabungkan ‘teknologi blockchain’ dan konvensional internet bakal membawa informasi (Big Data) menuju ke arah ‘Artifical Intelligence (AI)’.

AI memerlukan data yang betul-betul tepat , accurate , reliable untuk meningkatkan learning process. jika maklumat data adalah tidak betul akan menjejaskan process development AI ini. Proses ini boleh diarah tuju pada AI supaya proses development berjalan dengan lancar dengan memendekkan masa proses.

Seramai 220 wakil dari pihak Zhejiang hadir untuk bersama berkongsi pengalaman pembangunan Smart City yang telah lama dibangunkan di sekitar Negara China oleh pihak Zhejiang Victory Bench. Pada majlis ini pihak Zhejiang memilih untuk melancarkan Fabulous Blockchain Crypto Pass Exchange System kerana system ini telah mula di bangunkan di Labuan yang diseliakan oleh Teknologi Perkasa yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Bandar pintar yang pertama dijangka akan dibangunkan di Cyberjaya tahun ini berikutan bandar tersebut yang dikenali sebagai pusat teknologi maklumat. Projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2020.Jelas pengasas Victory Bench Hyperledger, Muhammad Alif Iskandar Abdullah, beberapa kementerian dan agensi kerajaan turut menyatakan sokongan dalam usaha pembangunan bandar yang lebih moden serta canggih.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge