Paku Lagu Single Terbaru & Lirik Ciptaan Ara Johari Bersama Sasha K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Paku Lagu Single Terbaru & Lirik Ciptaan Ara Johari Bersama Sasha K |Biarpun muncul di arena seni tempatan pada usia yang agak muda, pemilik nama Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih mesra dipanggil Ara Johari di kalangan peminatnya tidak pernah mengenal erti penat untuk memberikan yang terbaik. Bekas peserta AF Megastar dan finalis Akademi Fantasia 2016 ini kembali memeriahkan industri muzik tanah air dengan sebuah lagi lagu terbaru berjudul Paku.

Selepas berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dan mencipta fenomena dengan dua buah singlenya terdahulu iaitu Warkah Untukku dan juga Bunga, kali ini Ara tampil dengan mempertaruhkan sebuah lagu yang dicipta oleh Kadok dan Tukang Musik manakala liriknya dinukil sendiri oleh Ara serta Shasha K.

Ara Johari dengan single terbaru Paku

Lagu Paku ini mengisahkan perasaan cinta seorang lelaki yang terpendam terhadap pasangannya. Si lelaki tersebut sanggup menunggu bertahun lama dan tetap berusaha untuk menambat hati perempuan tersebut. Berkat doa dan kesabaran, akhirnya mereka bersatu dan membina mahligai bersama.

“Ara merupakan seorang penyanyi muda wanita yang berbakat besar. Kehebatan vocal beliau tidak perlu lagi dipersoalkan. Kita boleh lihat menerusi dua singlenya sebelum ini yang berjaya menaikkan nama Ara Johari sendiri. Jadi, saya berharap Paku bakal mengulangi kejayaan dua buah lagunya yang terdahulu.”

-Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,

ara johari paku

Single Paku ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, muzik video rasmi Paku juga akan mulai berada di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula pada 19 Oktober 2018.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge