Neutrogena Deep Clean Mana Pilihan Anda…..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Neutrogena Deep Clean mana yang menjadi pilihan anda ? Dari tajuk sahaja pastinya anda dapat mengetahui yang entri kali ini berceritakan tentang produk kecantikan bukan? Seperti yang anda tahu KP jarang berkongsi tentang produk kecantikan tetapi kali ini Neutrogena telah menarik perhatian KP untuk mencuba dan berkongsi tentang produk ini.

Informasi tentang Neutrogena

Adalah no #1 Dermatologist yang di rekomen untuk produk kecantikan dimana ianya menawarkan pelbagai pilihan produk penjagaan kulit. Ianya telah dijumpai oleh Emanuel Stolaroff dimana beliau pada mulanya membuka syarikat kosmetik secara kecilan yang dinamakan Natone. Natone telah menjadi supplier kepada cawangan salon kecantikan . Pada tahun 1940’s Natone memulakan pengedaran kosmetik secara runcit terdahulu . Kemudian Neutroogena Corporation telah mengambil alih oleh Johnson & Johnson pada tahun 1994. Tetapi kini NEUTROGENA bukanlah satu produk yang kecil tetapi terkenal di antara produk penjagaan kecantikan wanita yang terkenal

Image result for neutrogena malaysia

Di petang hari selepas balik kerja KP mendapat parcel dan apabila di buka terdapat sekorak kecil berwarna kuning bertuliskan “NEUTROGENA”. Terpaku dan tergamam kerana ini kali pertama KP mendapat produk kecantikan untuk dicuba. Tengok sahaja pada kotak terasa yang produk ini adalah ekslusif dan pastinya ia bakal merubah kepada kecantikan yang diingini (insyallah)

Slogan seperti tertera di kad yang disertakan dengan kit percubaan ini “Happy Skin 24/7” membuatkan si pemakai bakal mempunyai kulit yang senantiasa cantik dan paling utama bahagia atau tanpa perlu risau 24jam dalam seminggu. Kit percubaan yang KP terima mengandungi 3 produk iaitu

  • Deep Clean (Hydrating Cleansing Oil to Foam )
  • Deep Clean (Hydrating Foaming Cleanser)
  • Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

 

Produk Neutrogena Deep Clean

  • Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Produk ini memang dinantikan untuk diguna oleh KP . Sewaktu membuka kotak ini sahaja hati berbunga-bunga, Pada yang mengetahui anda pasti perasaan yang blackhead suka sangat bertakhta di kawasan hidung KP. Agak degil untuk mengeluarkannya. Tercari-cari juga produk yang mana dapat membuang sekali gus menghapuskan blackhead yang degil ini. Setakat pemakaian KP selama 7 hari, KP telah ditegur oleh cik hubby katanya ada perasaan sesuatu yang lain. Eh !!! Takkanlah cepat sangat hilangkan black head ini. Rupanya blackhead ini masih ada tetapi kulit menjadi lebih halus dan licin katanya,

Mengikut pemakaian, Daily Scrub ini bukan sahaja dapat menghapuskan blackhead atau jeragat hitam tetapi dapat juga menahan untuk blackheads yang baru keluar. Hari pertama menggunakan ada kemerahan jelas kelihatan mengikut kerana asid salisilik yang digunakan dalam produk ini kerana ianya menghapuskan blackheads dengan membuang kotoran degil yang ada.

Nota Kaki : Selesai sahaja dicuci dengan air, terasa keselesaan pada muka dimana permulaan 1-3 hari sewaktu menggunakkannya terasa ada kulit yang bertukar dengan cara pengelupasan . Itu yang menjadi dikeliling blackhead ada kemerahan. Mula-mula agak risau dan malu. Katanya ia bertindak sebegini kerana menghalang untuk blackhead baru naik.


  • Deep Clean (Hydrating Foaming Cleanser)

Yang ini pula seperti foaming clenser yang biasa digunakan. Tetapi KP silap kerana dikatakan ada formula yang special digunakan didalam produk ini. Pesan KP pada anda yang ingin menggunakkan , picit sedikit sahaja kerana apabila ditambah sedikit air ia akan berbuih banyak dan yang paling best bau nya sungguh harum, Buih yang di cuci di wajah muka adalah pada T-Zone agar daapt meninggalkan kotoran pada kulit wajah semakin bersih. Bersih dari muka yang berminyak seperti KP yang mempunyai wajah yang berminyak . Buih yang dihasilkan tadi juga dapat mencuci hingga ke liang kotoran.

Nota Kaki: penggunaan sedikit sudah memandai kerana buih yang dihasilkan cukup untuk mencuci wajah anda yang kepenatan selepas berkerja. Sejuk & nyaman tau selepas buih yang di letakkan di wajah , dicuci lembut dan kemudian di bilas dengan air.

  • Deep Clean (Hydrating Cleansing Oil to Foam )

Dikatakan sesuai untuk digunakan pada kulit kering. Ia juga digunakan pada wajah muka terutama pada anda yang selalu bersolek atau make up. Produk ini KP tidak berapa menggunakannya kerana KP sendiri tidak menggemari solekan (buat masa ini) Tetapi yang ajaib atau kelebihan yang ada ialah dengan penggunaan produk ini ia dapat membuang segala kotoran mahupun minyak di muka dan kesan solekan dengan satu basuhan. So memang sesuai untuk anda mempunyai satu di dalam bilik air anda bukan . Selai itu katanya ia berkesan dan kulit menjadi lembut apabila ianya di cuci

Nota kaki: Guna produk ini dengan satu basuhan semuanya selesai .  Minyak-gel mengandungi ekstrak daun Oleifera dan cara pembungkusan membuat KP senang untuk mencarinya (kalau pesan pada member atau cik hubby bila membeli)

Ini adalah gambar selepas 7 hari menggunakkan produk Neutrogena . Kalau bertanya adakah KP rasa KP mempunyai “Happy Skin 24/7” buat masa ini antara 3 produk dalam kit ini 2 memang membantu. Terasa ada kelainan terutama sekali apabila menggunakan Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub. Ini adalah produk yang wajib ada didalam bilik air dan barang wajib perlu dibeli setiap kali membuat shopping untuk barangan penjagaan kulit

Nampak tak keceriaan di muka KP seperti slogan iaitu “Happy Skin 24/7”. Dalam ketiga-tiga produk yang ada yang menjadi perhatian pertama kali adalah Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub. Nampak perbezaannya dan kelainan bila menggunakkanya. Cik hubby pun perasaan jadi semangat nak mendapatkan kulit cantik dan lembut tanpa perlu risau apa-apa mula bersemangat . Selain itu produk lain yang KP rekomenkan adalah Deep Clean (Hydrating Foaming Cleanser). Tahukah anda yang anda boleh mendapatkan produk-produk ini dimana-mana cawangan hypermarket, supermarket mahupun farmasi yang berdekatan . Oh Ya !!! Paling penting ialah harga berpatutan dan boleh juga beli melalui online portal

 

 

Jadi rugi kalau tak memilikinya didalam bilik air anda . KP dah cuba dan setakat ini masih lagi menggunakkan agar dapat keputusan seperti yang dikehendaki. Riki- rikilah dulu ye .. .

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge