NENEK BONGKOK TIGA DI VIU MALAYSIA, SCARY KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nenek Bongkok Tiga biasa-nya dengar pada lagu zaman sekolah dulu. Kini di olahkan menjadi drama dari tajuk lagu saja
NENEK BONGKOK TIGA
Viu membuka tirai 2023 dengan siri Viu Original terbaru berjudul Nenek Bongkok Tiga.
Menampilkan pelakon-pelakon berbakat yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim. Selepas kejayaan besar beliau dalam siri Seribu Nina dan She Was Pretty pada tahun 2022.
Ditayangkan di Viu Original dan menjadi siri Viu Original pertama dengan siri jelajah di dua negara.
SEISI BERTEMU PELAKON
Selepas tayangan perdana di Kuala Lumpur pada hari ini, para pelakon siri ini akan ke Kuantan pada 10 Februari, Johor Bahru pada 17 Februari dan Jakarta pada 8 Mac.
Setiap lokasi akan mengadakan sesi tayangan perdana, pemberian hadiah. Jangan lepaskan peraduan media sosial dimana bakal memenangi baucar Prism+ TV bernilai RM3,299.
PERMULAAN 2023 YANG BAIK
“Siri ini merupakan satu permulaan 2023 yang baik untuk Viu Original di Malaysia. Ia terus mengukuhkan lagi momentum yang telah dibina selepas kami mengeluarkan lima siri daripada pelbagai genre pada tahun lepas.
Dengan bakat-bakat baru yang mantap dan pelakon lama yang berpengalaman bersama-sama menjayakan siri ini.
Pastinya menjadi kegemaran para peminat fantasi seram!. Menjadi Viu Original Malaysia yang pertama dengan sesi jelajah, melibatkan lawatan sehingga ke Jakarta, Indonesia.
Kami percaya siri ini mempunyai potensi di kedua-dua pasaran Malaysia dan Indonesia. Berikutan jumlah pengikut yang ramai dan populariti para pelakon yang membintangi siri ini di Indonesia,”
-Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia
10 MINGGU PENGGAMBARAN
Penggambaran mengambil masa 10 minggu di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.
Siri ini mengetengahkan banyak hasil kerja skrin hijau, yang diambil di Iskandar Malaysia Studios di Johor.
Beberapa set penggambaran yang dibina sendiri untuk mewujudkan gambaran luar biasa dalam dunia fantasi ini
Siri ini membawakan semula pengarah Yusry Abdul Halim dan penerbit Zurina Ramli – sebelum ini menghasilkan siri adaptasi She Was Pretty untuk Viu Malaysia.
Pernah memenangi dua anugerah kebangsaan di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2022.
PELAKON BARU DAN LAMA
Mengetengahkan orang baru dan lama dalam bidang lakonan di negara ini, termasuklah Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly.
Juga Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar dan ikon lakonan diminati ramai Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane.
Dua episod untuk kisah seram fantasi seram ini akan ditayangkan di platform Viu pada 9 Februari, diikuti dengan satu episod baru setiap minggu pada setiap hari Khamis.