NAURISH SDN BHD AMBIL ALIH ZEMVELO DAN SACHA INCHI MARKETING, AMAZING!| Pasti ada yang mengenali setiap jenama ini secara individu. Tetapi untuk kali ini ada perubahannya.
NAURISH SDN BHD
Naurish Sdn Bhd, dengan bangganya mengumumkan kejayaan pengambilalihan ZEMVELO, sebuah jenama terkemuka yang mengkhusus dalam produk Sacha Inchi.
Bukan setakat jenama tetapi juga bersama dengan kilang pengeluarannya, Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd. Langkah strategik ini menempatkan Naurish Sdn Bhd sebagai pemain utama dalam pasaran Sacha Inchi.
Mengukuhkan lagi komitmen untuk menghasilkan produk kesihatan berasaskan tumbuhan yang berkualliti tinggi.
SACHA INCHI MARKETING
Pengambil alihan ini termasuk 22 syarikat jenama OEM Sacha Inchi di bawah naungan Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd, menandakan perkembangan yang ketara dalam portfolio kali ini.
KOMITMEN NAURISH SDN BHD
Berbangga dengan komitmennya untuk menghasilkan gelatin softgel berasaskan sayuran 100%. Syarikat ini tidak menggunakan bovin atau elemen berasaskan haiwan lain.
Syarikat ini menekankan kepentingan pemilihan produk oleh pengguna. Kerana softgel di dalam pasaran mungkin berasal dari sumber yang bukan berasaskan tumbuhan dan status halal yang meragukan.
Ini menjadikan Minyak Sacha Inchi dapat digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna, termasuk vegetarian dan vegan.
SIJIL HALAL
Berbeza dengan beberapa produk di pasaran yang mungkin mengisytiharkan softgel mereka berasaskan tumbuhan & halal tanpa pengesahan yang betul.
ZEMVELO
ZEMVELO dengan bangga memegang sijil HALAL dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain itu, syarikat ini berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), mengukuhkan lagi komitmennya terhadap standard global dan keselamatan produk.
Alami kecekapan dalam kecergasan dengan softgel ZEMVELO yang mempunyai kadar kelarutan pantas, memastikan penyerapan optimum dalam masa hanya satu minit.
Ini menetapkan standard baru, mengatasi kapsul konvensional (vegetable carrageenan) (4 minit) dan softgel (bovine) (3 minit).
Berharap dapat membawa manfaat Sacha Inchi kepada pengguna yang lebih luas, meningkatkan komitmen terhadap kualiti, kelestarian, dan kepuasan pelanggan.