Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nasi Lemak Volcano Antara Hidangan Signature ‘WOW’ di Paya Serai~Lama sudah tak makan di luar. Menikmati hidangan bersama anak-anak. Sejak PKPP, alhamdulilah dapat juga berjalan-jalan menjamu selera menu terbaru di restoran Paya Serai. Hilton Petaling Jaya.
Hidangan Signature ‘WOW’
Hidangan yang bakal dinikmati akan membuat anda WOW sama seperti namanya Signature ‘WOW’. Setiap hidangan yang dipilih termasuk dengan pilihan air diantara air serai [lemongrass] ataupun sirap selasih. Oh ya nak cerita sikit, bab rasa nie subjektif. Tidak semua yang akan setuju atau mempunyai rasa yang sama seperti KP.
Antara hidangan yang ada adalah
Nasi Lemak Volcano
Dari namanya sahaja pasti ingin tahu apa yang lain? Adakah nasi ini seperti gunung berapi? Ada tak lava atau lahar keluar dari nasi lemak ini? Nak tahu dengan lebih lanjut meh KP kongsikan ;
Nasi di steam dan terasa lemaknya. Dihidangkan dengan ayam goreng garing/crispy bersama sambal sosej berkeju.
Ada lagi menu sampingan seperti tempe, ikan bilis, kacang, dan timun. Tidak lupa ‘poached egg’ dengan kuah rendang. Poached egg tu apa? Ianya adalah telur separuh rebus ye.
Sesuai untuk anak-anak hidangan ini sebab sambal dan rendang diasingkan .
Nasi Beriani Buluh & Kari Kambing Berapi
Istimewa sikit hidangan ini. Nasi beriani dimasak menggunakan beras basmathi di hidangkan dalam buluh. Sesuai seperti nama menukan!.

Sup Ekor Volcano
Di cicah bersama roti sewaktu makan sup ekor . Daging yang lembut dan empuk, cukup berasa supnya.
Sampingan sup ekor seperti lobak, daun sederi biasa dan ‘Chinese celery’ yang dihiris, daun bawang, bawang goreng dan limau

Nasi Ulam & Daging atau Ayam Panggang Merecik.
Nama menu yang paling panjang tetapi sedap ke? Boleh pilih inginkan lauk ayam atau daging. Pasti merecik rasanya.Yang ini tengok sendiri dan komen sendiri.
Nasi nampak macam nasi goreng. Di goreng bersama ulam-ulam seperti serai, kacang botol, dan sebagainya.

Tak lengkap hidangan tanpa telur masin, sambal kelapa, sambal cili, keropok ikan dan juga jeruk halia.
Harga Nasi Lemak Volcano
Nasi lemak volcano mahupun mana mana hidangan dalam Signature WOW ini berharga RM 65 setiap satu. Harga ini termasuk dengan 10% servis caj ye.

Untuk promosi lain, meh klik di












OMG this is really getting my mouth to drool. So delicious. 😀
tekkaus recently posted…5 Halal Chinese Seafood Restaurants In KL Serving Delicious Chili Crabs For Seafood Lovers