Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Nak Havaianas Tidak Perlu Ke Brazil, Kini Dibuka Di Pavillion~ Jenama yang telah membina warisannya sebagai Flip Flop ikonik buatan Brazil telah membuka kedai utamanya di Pavilion Kuala Lumpur. Sejak tahun 1962, jenama ini telah berkembang , terkenal dan menjadi salah satu ikon di Brazil. Reka bentuk dalaman kedai terbaru ini yang sesuai untuk peminat Instagram bergambar.
Bergambar sambil memaparkan pokok kelapa yang dibuat dengan tali Havaianas. Slogan Let’s Weekend buat julung kali sebagai taktik utama untuk menarik perhatian orang ramai. Bekerjasama dengan selebriti serantau untuk mendorong gaya hidup ”Lets Weekend”. Tujuan utama adalah untuk menunjukkan bahawa anda boleh memiliki gaya dan keselesaan tidak kira siapa atau apa yang anda pakai. Oleh itu, dengan bangga mengumumkan Nelydia Senrose dan Afeefa dari Malaysia sebagai sebahagian daripada Skuad Havaianas antarabangsa bersama Luna Maya dari Indonesia.
Skuad Havaianas
Sebagai jenama flip flop nombor 1 di Brazil, ianya telah memulakan pengembaraan ini di tanah asalnya, Brazil. Perjalanan seminggu pada awal tahun 2020, Skuad telah mengembara ke kota Sao Paolo yang berwarna-warni sebelum mengakhiri perjalanan di bandar persisiran pantai yang terkenal, Rio De Janeiro.
Skuad Havaianas juga telah dipertemukan dengan para pengarah produk dari antarabangsa. Bila berada di outlet yang terbesar di Sao Paulo untuk mengenali dengan lebih dalamnya sejarah dan etos Havaianas sebelum dibawa ke Rio untuk menikmati pemandangan ikoniknya serta makan malam dan bersamba.
Aktiviti di Brazil ini merupakan kali pertama membawa skuadnya untuk menikmati pengalaman bersama jenama Havaianas. Dalam pada yang sama, berharap untuk mengadakan pengalaman sebegini dengan lebih kerap di masa depan.
Skuad APAC Havaianas
Nelydia, Fatin dan Luna adalah sebahagian besar daripada skuad APAC Havaianas termasuk Cecilia Song Yanfei dari China, Jaringorn dan Joss Wa-er dari Thailand, Jessica Mila Agensia dan Verrell Bramasta Fadilla dari Indonesia. Perluasan skuad adalah peluang besar untuk memperkenalkan para pelanggan kepada konsep baru dalam flip flop sebagai aksesori fesyen yang terbaru sambil membina hubungan aspirasi dan emosi yang hebat.
Gaya serta perwatakan Nelydia Senrose yang Iembut menjadikannya sangat sesuai menjadi duta untuk kolaborasi Swarovski sorotan utama pelancaran kedai di Pavilion.
Mengambil inspirasi dari ciri alam semesta, Havaianas bekerjasama dengan Swarovski untuk meluaskan gaya baru, serta menghasilkan perhiasan yang nyata untuk menyinari jiwa anda.
Untuk mengetahui Iebih lanjut, sila lawati https://www.facebook.com/havaianasmalaysia & Instagram @havaianasmalaysia