1000 Keluarga asnaf, Pelajar Tahfiz, Pesakit kanser kanak-kanak, Rumah Orang-Orang Tua, dan Gelandangan bakal tersenyum dalam program Kongsi Rezeki Infaq Ramadan 2025!
PROGRAM KONGSI REZEKI INFAQ RAMADAN 2025
Dengan rasa syukur dan penuh keprihatinan, Program Kongsi Rezeki: Infaq Ramadan 2025 diteruskan lagi bersama penaja utama SoftRein, Biofitrah. Misi tahun ini untuk membantu 1000 orang asnaf, termasuk anak-anak tahfiz, pesakit kanser kanak-kanak, penghuni rumah orang-orang tua, dan gelandangan.
Program ini adalah sebahagian daripada usaha murni kami untuk menjalankan tanggungjawab sosial serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh berkat ini.
KONGSI REZEKI INFAQ RAMADAN 2025
Program “Kongsi Rezeki 2025 Infaq Ramadan” dengan kerjasama dari syarikat BioFitrah Sdn Bhd bertujuan untuk mewar-warkan keperluan sumbangan berbentuk barang keperluan harian, wang tunai, barang keperluan asas.
Termasuk juga makanan sedia dimakan, barang peralatan sekolah, lampin pakai buang dan sebagainya kepada golongan yang memerlukan. Antaranya anak-anak tahfiz, anak-anak yatim, anak-anak pejuang kanser, orang-orang tua, asnaf, dan golongan gelandangan.
SASARAN BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ
Melalui sidang media ini, kami ingin berkongsi sasaran kami untuk mendapatkan dana bagi membina sebuah bangunan untuk Maahad Tahfiz Misbahul Falah Keramat. Seiring dengan usaha ini, team Kongsi Rezeki juga akan menganjurkan Majlis “Tahfiz Berselawat”.
MAJLIS TAHFIZ BERSELAWAT
Majlis ini akan menghimpunkan seramai 100 orang anakanak Tahfiz sekitar Kuala Lumpur. Majlis buka puasa amal disamping berselawat bersama anak-anak Tahfiz dan diiringi dengan tazkirah ringkas dari ustaz.
15 MAC DI WARUNG PAGI-PAGI
Ini merupakan usaha untuk mengumpul dana dalam bentuk penjualan meja dan yang akan diadakan di Warung Pagi Pagi pada 15 Mac 2025 yang mana hasil penjualan meja akan disalurkan terus ke Maahad Tahfiz.
22 MAC DI SALOMA, KUALA LUMPUR
Manakala pada 22 Mac 2025 Majlis Tahfiz Berselawat akan diadakan di Saloma Kuala Lumpur, meja untuk dijual sebanyak 30 buah meja bersamaan 300 buah kerusi. Hasil penjualan akan disalurkan terus ke Maahad Tahfiz dan sebahagian akan diinfaqkan kepada Pesakit Kanser Kanak-Kanak, Adina Charity Circle.
DANA BERSAMA ADINA CHARITY CIRCLE
Sasaran kami yang seterusnya adalah untuk mengumpulkan dana bagi anak anak pejuang kanser seluruh Malaysia bersama Adina Charity Circle untuk mendapatkan baju sekolah dan baju raya serta keperluan harian mereka seperti lampin pakai buang dan susu bernutrisi.
TEAM KONGSI REZEKI
Team Kongsi Rezeki juga berganding bahu bersama rumah orang-orang tua Mesra Home Ampang mengumpulkan dana melalui penjualan buku “Aku Penjaga Nenek”. Hasil penjualan buku tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu penjaga nenek dalam menjaga lebih 20 orang-orang tua yang tiada waris di sana.
ASNAF DI PPR
Seperti tahun tahun sebelum ini, team Kongsi Rezeki bersama voluenteer akan menyantuni asnaf di PPR sekitar Kuala Lumpur dan Malaysia untuk menyampaikan bantuan 1000 set bakul makanan, 1000 kampit beras, makanan sedia dimakan dan bantuan-bantuan lain yang seumpamanya.
Diharapkan program ini dapat membuka ruang dan peluang yang lebih besar buat semua badan korporat dan lebih ramai lagi untuk menginfaq dan membantu.
TODAY ASSIST
Team Kongsi Rezeki juga akan bekerjasama dengan Today Assist untuk platform infaq dengan hanya dihujung jari. Semua program yang kami rancangkan, akan berada di dalam platform tersebut.
Kini semua orang boleh berinfaq walau di mana sahaja dan senarai pilihan rumah kebajikan yang mereka inginkan boleh dipilih dan terus membayar infaq terus ke rumah kebajikan yang dipilih hanya semudah ABC.
INFAQ SURAU
Gabungan team Kongsi Rezeki bersama team SoftRein dari Biofitrah untuk menjayakan program “Infaq Surau” di kawasan perumahan asnaf khususnya PPR. Team akan membantu membersihkan kelengkapan solat seperti sejadah dan telekung dengan menggunakan sabun PowerRein dan SoftRein.
SASARAN 1000 SEJADAH
Sasaran untuk infaq 1000 sejadah ke Surau di kawasan perumahan tersebut dan 1000 botol sabun SoftRein untuk diinfaq kepada asnaf di kawasan tersebut. Kami mengharapkan sokongan dari semua pihak, termasuk individu, komuniti, dan syarikat korporat, untuk bersama-sama menjayakan inisiatif ini.
Dan ingin kami tegaskan disini, pihak team Kongsi Rezeki tidak mengambil walau RM1 dari wang yang diinfaqkan. Semua infaq akan terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Kami hanyalah sebagai pengantara dan sukarelawan.
Akhir sekali, kami percaya bahawa sumbangan kecil kita dapat memberi impak besar kepada mereka yang dalam kesusahan. Mari kita bersama-sama menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan memberi dan berkongsi rezeki bersama SoftRein. Wangian Inspirasi, SoftRein.