Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Grand Brilliance, Red Films dan Marna Films telah berkolaborasi bersama untuk menghasilkan satu filem kepelbagaian kaum di mana ianya diarahkan oleh Shamyl Othman, nama yang tidak asing dalam dunia perfileman. Shamyl Othman pengarah muda yang mengikut jejak ayahanda beliau iaitu Othman Hafsham mula menjinakkan diri dalam dunia penyiaran selepas menamatkan pengajian di Victorian College of the Arts di Melbourne, Australia. Filem pertama beliau ialah “Kami Histeria” di tayangkan pada tahun 2013. Filem Rembat merupakan filem kedua beliau.
Julung kali dua nama besar dakan dunia seni di gabungkan iaitu Shaheizy Sam dan penghibur antarabangsa Aniu di lihat bakal menarik minat para penonton dari pelbagai bangsa mahupun lapisan masyarakat untuk menonton filem ini. Siapa yang tidak kenal dengan Shaheizy Sam di mana memulakan karier dalam dunia lakonan seawal 12 tahun. Beliau juga telah memenangi anugerah Bintang Paling Popular anjuran Berita Harian dua kali berturut-turut untuk tahun 2013 dan 2014.

Dua syarikat produsi iaitu Grand Brilliance & Red Films mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan Marna Films setelah menyedari yang masing-masing berkongsi matlamat yang sama. REMBAT, menampilkan identiti sebenar rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Komedi yang dipaparkan juga mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat dan memberi peringatan kepada semua tentang kepentingan semangat setia kawan dan sikap cintai negara sendiri
Sinopsis Filem REMBAT
Tentang 2 sahabat baik, Malik (Shaheizy Sam) dan Chin Chye (Aniu) dalam sebuah pengambaran yang penuh aksi dan berunsur komedi yang amat sinonim dengan budaya rakyat Malaysia. Mereka merlarikan diri dari Shah Alam – Kuantan dan selatan tanah air – Johor Bahru untuk melarikan diri setelah terperangkap dalam sebuah pertaruhan perlawanan akhir bola sepak diantara Malaysia dan Thailand.

Ada moment yang terindah sebelum penghabisan cerita ini? Berjayakah mereka lari dari Ah Long? Dapatkah merekea mempertahankan negara dan sikap setia kawan? Siapakah Mr Baby dan Awek Baju Kurung Basah?
Trailer Filem REMBAT
Jangan lepaskan tayangannya di pawagam mulai Oktober 8, 2015
OST Filem REMBAT
#kitepunye #kitepunyedotcom #rembat





