Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MYCAR 3.0 – DOWNLOAD UNTUK TAWARAN TERBARU| MyCar adalah syarikat e-hailing kedua terbesar selepas Grab. Bakal menarik kembali sepenuhnya aplikasi MyCar SuperApps yang pernah dilancarkan pada Ogos 2020. Ini adalah berikutan beberapa masalah fungsi utama di dalam aplikasi MyCar Superapps itu .
MyCar 3.0
Aplikasi SuperApps tersebut akan di gantikan dengan MyCar 3.0 yang telah di reka dan bangunkan sendiri oleh MyCar. Dengan menggunakan 100% kemahiran graduan kejuruteraan perisian tempatan.
Malahan dengan kejayaan terciptanya aplikasi MyCar 3.0 ini, MyCar mensasarkan menjadi ‘UNICORN gig’ ekonomi pertama untuk Rantau Asia Tenggara.
Kebolehan MyCar
Malahan, dengan kebolehan MyCar sebelum ini yang mampu mengendalikan 60000 tempahan dalam satu hari sebelum ini. Kali ini di jangakan akan memberikan satu persaingan yang sihat kepada pencabar yang lebih besar namanya, seperti Grab.
MyCar juga memaklumkan fokus utama perkhidmatan mereka adalah e-hailing dan penghantaran barangan sahaja dalam tempoh 6 bulan awal. Selain itu mempelbagaikan jenis modul perkhidmatan terutama e-hailing.
Antaranya untuk pelajar sekolah dan korporat, yang di kenali sebagai MyCar For School dan MyCar For Business.
Kelebihan MyCar 3.0
Antara kelebihan-kelebihan yang ada adalah tawaran hadiah kepada pengguna yang mempromosikan aplikasi MyCar 3.0 kepada rakan-rakan mereka. Ianya juga memberikan lebih banyak cara bayaran melalui e-wallet dan tanpa tunai.
Mudah di gunakan dan mampu menarik lebih ramai pemandu untuk memberikan perkhidmatan mereka serta komisin yang rendah untuk pemandu.
Dengan membangunkan logik algoritma yang di bina oleh MyCar sendiri, di jangkakan mampu menawarkan banyak tawaran yang menarik.
Tebus terus dengan hadiah yang menarik di restoran makanan segera, farmasi mahupun pusat membeli belah dengan menggunakan app 3.0 ini.
Diminta untuk menyahturun (uninstall) aplikasi MyCar 1.0 dan MyCar SuperApp (2.0) sebelum ini. Download semula (re-install) semula yang baru ini. Lebih lanjut layari
Facebook |