Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Munchy’s Choc-O Menjanjikan Kenikmatan Jejalur Krim Coklat | Munchy’s, antara jenama biskut yang tidak asing lagi didalam pasaran Malaysia. Anda boleh dapatinya dimana-mana dan ianya mudah dibawa. Kali ini Munchy’s mengambil selangkah ke hadapan dengan percubaan memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang inginkan biskut yang sedap dan rangup melalui ciptaan lazat terkininya iaitu Munchy’s Choc-O
Informasi tentang Munchy’s Choc-O
Inovasi terkini Munchy’s menampilkan biskut cip coklat rangup dengan permukaan yang di kerumuni jejalur krim coklat yang lazat. Biskut cip coklat menarik ini bersaiz satu gigitan bakal memuaskan hati anda . Bukan setakat itu tetapi juga citarasa sebagai pengguna yang inginkan kenikmatan dan kerangupan yang lazat dengan teksturnya yang cair didalam mulut.
” Di Munchy’s, keseronokan tidak pernah terhenti kerana kami sentiasa memuaskan hati pengguna dengan menawarkan produk yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kami senantiasa berusaha untuk mencipta produk-produk inovatif yang boleh memuaskan keinginan pengguna dengan cara yang paling mudah dan mampu milik tanpa jejaskan rasa jua ramuannya.
Munchy’s Choc-O dicipta untuk pengguna yang ingin memanjakan diri dan jelas membuktikan bahawa jenama kami inovatif dan benar-benar memahami gaya hidup pengguna yang senantiasa berubah. Dengan produk baru ini, pengguna boleh memanjakan diri dengan menikmati biskut yang lazat pada bila-bila masa “
kata Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MunchWorld Marketing Sdn Bhd.
Munchy’s telah mencipta saat-saat yang lazat dan menyeronokkan untuk rakyat Malaysia dengan pelbagai biskut dan snek pada harga yang berpatutan untuk setiap masa. Munchy’s Choc-O dicipta untuk memberi kepuasan dan kegembiraan kepada penguna untuk merasai kenikmatan hidup melalui setiap gigitan biskut cip coklat yang lazat ini. Boleh dinikmati ketika membaca buku , menonton wayang atau semasa ke tempat kerja/sekolah
Ada 3 perisa Munchy’s Choc-O yang boleh didapati dimana-mana kedai-kedai runcit, pasaraya besar dan cawangan runcit seluruh negara dengan harga 78gm (RM2.30) , 125gm (RM3.60) dan 235gm (RM7.80) dimana harga yang dinyatakan termasuk dengan GST. 3 perisa iaitu
Original Coklat – untuk penggemar biskut cip coklat sejati
Lebih Coklat – untuk peminat tegar coklat
Campuran Kekacang – untuk yang sukakan cabaran didalam kehidupan yang gemar kekacang
Ada juga aktiviti diadakan sewaktu pelancaran dimana para tetamu diberi peluang untuk menghias biskut cip coklat dengan kreatif .
Jadi, jangan lupa dapatkan biskut anda ye dan inginkan maklumat lanjut layari
Website Munchy’s : http://www.munchys.com
Facebook Munchy’s : http://www.facebook.cm/munchys