Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami Mulai August 20,2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami Mulai August 20,2015| Hmm.. Jangan ambil rumah kami, siapa yang nak ambil rumah mereka ini ? Siapakah Rayyan & Danish? Apa kaitan mereka dengan rumah yang diingini ini ?

4

Alhamdulilah kali ini Mangkin Prestij (MP) kembali dengan filem baru di mana genre komedi ditampilkan buat para penonton di luar sana. Bukan sahaja genre komedi tetapi unsur kekeluargaan juga di selitkan agar ianya sesuai untuk di tonton oleh pelbagai usia bersama keluarga. Filem arahan Azaromi Ghozali direka di mana plot penceritaan mudah di fahami serta konsep yang dekat dengan penonton. Input yang di sampaikan secara langsung atau tidak langsung sedikit banyak memberi pengajaran.

_DSC1507_jpg

Adik Muntazar Ghurfan dan Adik Firdaus Ghurfan, pelakon cilik berbakat besar adalah tonggak watak utama dalam filem ini. Kombinasi Intan Ladyana dan Azwan Kombos yang mempunyai pelbagai pengalaman dari segi lakonan pastinya tidak akan mengecawakan para penonton nanti. Jadi jangan lepaskan untuk menonton filem ini di pawagam pada August 20, 2015 di serata Malaysia

Sinopsis Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami

6

Rayyan( Firdaus Ghurfan) & Danish (Muntazar Ghurfan) baru sahaja kematian ibu dan ayahnya akibat kemalangan udara. Hanya mereka berdua sahaja didalam keluarga dan pelbagai harta mahupun asset yang banyak di tinggalkan buat 2 beradik ini termasuk banglo yang sedang di diami mereka. Amanda( Sharisa Haris) peguam peribadi keluarga ini yang satu-satunya rapat dengan keluarga ini mencari siapa pewaris yang boleh menjaga Rayyan dan Danish hingga usia mereka 18 tahun

2 3 _1590777_jpg

Muncul Katrina ( Intan Ladyana), Hakim (Azwan Kombos) dan juga Danial (Hanif Safuan) dan mengaku mereka adalah pewaris terdekat bagi arwah Sheikh Al Munawir dan Syarifah Mazlinda. Adik-beradik masing-masing tertanya sendiri siapakah mereka ini kerana selama ini tidak pernah mereka tahu akan kewujudan Katrina, Hakim mahupun Danial. Apabila mereka bertiga tinggal di banglo bersama Rayyan dan Danish pelbagai peristiwa berlaku.

1 Seperti ada muslihat kedatangan mereka ke banglo ini dengan menyamar menjadi pewaris, di mana mereka ingin mengaut kesemua harta peninggalan arwah yang ada. Buat Rayyan dan Danish, semestinya ingin pertahankan harta dan juga banglo hak mereka.5

Adakah usaha atau perancangan Rayyan dan Danish berjaya?

Dapatkah mereka selamat dari Katrina, Hakim mahupun Danish?

Berjayakah Katrina, Hakim dan Danish merampas segala harta peninggalan mereka?

1

Jom saksikan Misi Rayyan & Danish: Jangan Ambil Rumah Kami

Trailer  Misi Rayyan & Danish: Jangan Ambil Rumah Kami

#kitepunye #kitepunyedotcom #misirayyandandanish #mangkinprestij

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge