Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Juvana 3 ; Perhitungan Terakhir Adakah Filem Yang Terakhir ? |Hmm.. Dah lama KP tak share tentang movie atau filem yang bakal ditayangkan di pawagam . Mesti ramai yang pernah tonton drama Juvana di TV3 bukan? Kali ini difilemkan sekali iaitu Juvana 3 : Perhitungan Terakhir. Ini adalah sekuel dari Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015),
Masih lagi mengekalkan pelakon asal iaitu Johan As’ari, Zahiril Adzim dan Adam Shahz kali ini ianya lebih kepada drama dan aksi membabitkan golongan remaja yang terbabit dalam gejala sosial seperti gangster dan sindiket pelacuran
Sinopsis Juvana 3, Perhitungan Terakhir
Botak,Daim dan Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri. Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki. Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain. Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain.

Trailer Juvana 3, Perhitungan Terakhir
OST Drama Juvana




