MIFF 2026 KUKUHKAN MALAYSIA SEBAGAI HAB PERABOT GLOBAL, TAHNIAH!

MIFF 2026 Perkukuh Kedudukan Malaysia Sebagai Hab Perabot Global, Himpunkan 20,000 Pembeli Dari 140 Negara

MIFF 2026

Malaysia International Furniture Fair (MIFF) 2026 membuka tirai dengan penuh bergaya, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai pameran perdagangan perabot terbesar di Asia Tenggara dan antara 10 terbaik dunia. Memasuki edisi ke-32, acara berprestij ini menjadi pemangkin penting kepada industri perabot Malaysia untuk terus menembusi pasaran global.

MIFF 2026

DUA LOKASI UTAMA

Berlangsung dari 4 hingga 7 Mac 2026 di dua lokasi utama iaitu Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), MIFF tampil dengan konsep ikonik ‘1 Pameran, 2 Lokasi, 17 Dewan’. Acara ini meliputi ruang pameran seluas 100,000 meter persegi dan menghimpunkan lebih 700 pempamer serta 20,000 pembeli profesional dari 140 negara dan wilayah.

MIFF 2026

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Noraini Ahmad, Menteri Perladangan & Komoditi, yang memuji komitmen MIFF dalam memperkasa kelestarian, inovasi dan daya tahan eksport industri perabot tempatan.

BUKAN SEKADAR PENGELUAR, KINI PENCETUS IDEA

Menurut Pengerusi MIFF, Tan Chin Huat, kejayaan MIFF selama lebih tiga dekad membuktikan Malaysia bukan sekadar pengeluar, malah kini muncul sebagai pencetus idea dan penentu arah aliran reka bentuk global. Tahun lalu sahaja, MIFF merekodkan anggaran jualan di tapak mencecah AS$1.31 bilion — bukti kukuh keyakinan pembeli antarabangsa terhadap kualiti dan kebolehpercayaan rantaian bekalan Asia.

MIFF 2026

TARIKAN TERBARU

Antara tarikan baharu tahun ini ialah konsep FurniFusion di WTCKL yang berteraskan tiga tonggak utama – Hidup, Bekerja dan Beriadah.

THE MUSE

Segmen ini merangkumi Dewan Buatan Malaysia, MIFF OFFICE (pameran perabot pejabat terbesar di Asia Tenggara) serta The Muse yang memfokuskan gaya hidup dan hiasan dalaman moden.

MIFF 2026

SEISI “I MATCHED FIRST’

MIFF 2026 turut memperkenalkan sesi “I Matched First” Padanan Perniagaan Hari 0, Pusat Perniagaan dengan khidmat cadangan pembekal dan lawatan kilang, serta Pertandingan Reka Bentuk Perabot MIFF yang mengetengahkan bakat muda tempatan. Inisiatif kelestarian turut diperkukuh menerusi kempen penanaman pokok dengan sokongan Forest Research Institute Malaysia (FRIM).

Sebagai platform penyumberan global yang dipercayai lebih 30 tahun, MIFF terus menjadi enjin pertumbuhan industri perabot Asia — menghubungkan inovasi, reka bentuk dan fungsi ke persada dunia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *