#Mentor7 : Rezeki Taufiq Berakhir Di Minggu Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

#Mentor7 : Rezeki Taufiq Berakhir Di Minggu Pertama | Konsert Battle Mentor 7 yang pertama telah berlangsung secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam semalam. Kesemua lapan protege telah membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh walaupun mereka digemparkan dengan kehadiran Juri Tetap, Mas Idayu. Protege Aizat Amdan, Pasya telah muncul sebagai persembahan protege terbaik. Namun, perjalanan protege Siti Nordiana, Taufiq terhenti setakat malam itu sahaja apabila diumumkan tersingkir oleh juri tetap, Datuk Wah Idris.

Ianya mengejutkan kesemua penonton #Mentor7 malam semalam kerana adanya penyingkiran pada konsert battle pertama program realiti musim ini. Perbezaan peratusan markah Taufiq dengan rakan seperjuangannya, Amal (protege Hafiz Suip) yang juga yang tercorot cuma 1% iaitu Amal telah mendahului Taufiq dengan 39% berbanding Taufiq hanya meraih 38% secara keseluruhannya.

“Sejujurnya kami memang tidak menyangka adanya penyingkiran pada minggu ini kerana ia masih awal lagi untuk menyingkirkan protege. Walau bagaimanapun, dengan berat hati saya terpaksa akur dengan keputusan juri tetap dan anggap rezeki Taufiq hanyalah setakat ini sahaja. Sebagai seorang yang pernah menyertai program realiti seperti ini, saya amat memahami perasaan Taufiq. Namun, saya percaya Taufiq mampu untuk pergi lebih jauh kerana dia mempunyai pakej lengkap. Tambahan pula, saya tidak akan memutuskan hubungan saya dengan Taufiq dan akan tetap memberikan tunjuk ajar kepadanya sehingga Taufiq berjaya satu masa nanti. Insya Allah.”

-kata Mentor , Siti Nordiana kepada Taufiq di #Mentor7

Sistem penjurian #Mentor7 merangkumi 50% daripada Juri Tetap (Mas Idayu dan Datuk Wah Idris), 30% daripada Undian Atas Talian (melalui laman web www.xtra.com.my/mentor7) dan 20% daripada 10 orang Juri Awam yang terdiri daripada penggiat seni tanah air seperti pengacara, pelakon, dan wakil media. Pautan undian atas talian akan dibuka selama 10 minit pada setiap penghujung Konsert Mingguan Mentor 7, setelah kesemua persembahan protégé berakhir .Protégé yang mempunyai markah terendah di akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir

Dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan serta Sarancak sebagai hos belakang pentas, Mentor 7 menampilkan Datuk Syafinaz, Hafiz Suip, Aizat Amdan, dan Siti Nordiana sebagai mentor. Program ini turut diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Aeizul Reeza Ismail selaku Penerbit Mentor 7.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge