Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
McDonald’s Malaysia Portuguese Chicken Burger Bukan Calang Burger Ya!!| Olá, Dah já come hambúrguer de frango? (Hello, Dah pernah makan Portuguese Chicken Burger?). Pelajaran simple tentang bahasa Portuguese. Haa.. Jangan terkejut kerana bukan salah entri. Ini adalah entri sempena pelancaran burger terbaru dari McDonald’s Malaysia.
Sebelum ini, Brazil (The Rio Burger), Korea (Spicy Korean Burger), Thailand (Samurai Burger) dan Mexico (Mexicana Chicken) telah pun disajikan, tetapi kali ini Portugal menjadi pilihan sempena kempen “Discover the World 2019” McDonald’s Malaysia.
Nama burger terbaru dari McDonald’s Malaysia ialah Portuguese Chicken Burger. Jika anda memang mengikuti dari kali pertama sajian negara-negara sebelum ini, pasti anda tahu setiap hidangan mempunyai keunikan dan citarasa istimewa dari negara tersendiri.
Tentang McDonald’s Malaysia Portuguese Chicken Burger
Dari nama menu sahaja, pastinya anda dapat meneka dari mana asal resipi ini! Kepingan daging ayam digoreng rangup, dicelup pula dengan sos piri-piri khas… dan dilengkapi dengan sayur-sayuran dan salad segar. Lepas tu, burger ini diapit dengan ban yang mengandungi emping cili terbaru, menjadikan ianya lebih lazat.
Set hidangan McDonald’s Portuguese Chicken Burger yang dihidangkan bersama French Fries dan pilihan minuman sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke bermula dari harga RM16.99. Ianya boleh didapati di semua restoran McDonald’s di Malaysia untuk tempoh masa TERHAD dan SEMENTARA STOK MASIH ADA.
Catching Nonando
Catching Nonando? Catching maksud menangkap kan? Nonando nie siapa pula? Haa buat anda yang suka bermain permainan di phone, apa kata jom cuba permainan terbaru dari McDonald’s Malaysia sempena pelancaran Portuguese Chicken Burger.
Nonando yang dikatakan adalah ayam. Ya KP yang gemar main game pun dah terjebak sama sebab permainan ini simple sahaja. Semua usia boleh bermain tidak kira dimana saja anda berada
Anda hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web McDonald’s Malaysia ataupun laman Facebook McDonald’s Malaysia.
Dalam tempoh 60 saat, anda hanya perlu menangkap sebanyak mana ayam Nonando yang muncul diskrin anda. Best sekali sebab setiap tangkapan anda, ada hadiah menanti dimana ianya berbentuk diskaun untuk pembelian McDonald’s Portuguese Chicken Burger. Maksudnya lagi banyak anda tangkap lagi banyak diskaun!
Menangi 50,000 Air Asia BIG Points!
Nak menang AirAsia BIG Points? Senang saja! Pastikan anda berada di tempat pertama di leaderboard Catching Nonando. Dengan ini lebih banyak point anda dapat lebih banyak peluang untuk memenangi point ye. Pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 AirAsia BIG Points, jadi bolehlah layan travel ke negara mana- mana yang anda suka!
Jadi jangan lepaskan peluang untuk bermain. Rezeki dan tuah di badan mana tahu bukan? Untuk maklumat lanjut layari https://www.facebook.com/My.McDonalds/
Selain dari itu, untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran pelbagai menu menarik McDonald’s, sila lawati www.mcdonalds.com.my.