Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Matxi Corp Sambut Ulangtahun Ke-2 Penuh Gemilang| Mungkin ada yang belum mengenali siapa Matxi Corp bukan? Sama seperti KP belum sempat untuk mengetahui siapa orang kuat dibelakangnya. Berbangga bila dapat turut bersama untuk menyambut ulangthun 2 Matxi Corp yang diadakan penuh dengan gilang gemilang. Majlis berlangsung di Plenary Hall KL Convention Centre,dihadiri 2000 pengedar dari 30 negara. Para peserta yang hadir terdiri daripada negara Vietnam, Thailand, Malaysia, Singapura dan pelbagai negara lagi, bergaya mengikut tema glamour

Matxi Corp (Vietnam) yang dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G, adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd. Mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur.
Semasa di majlis pelancaran sempat lagu mengumumkan pelaburan strategik dari kumpulan Malaysia dan memperkenalkan transformasi dari Matxi S.G. ke Matxi Corp, untuk melangkah ke pasaran antarabangsa.
Sentiasa bermatlamat untuk kepentingan terbaik untuk pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur.
Seperti slogan mereka pada mulanya, “Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik”. Slogan ini dipegang bukan hanya untuk pengedar dan agen bahkan buat pengguna produk dan perkhidmatan. Rentetan daripada matlamat Matxi Corp itu sendiri yang mahu memberikan yang terbaik bukan sahaja kepada pengguna (pelanggan) bahkan meliputi kepada komuniti, rakan kongsi dan juga pelabur.Pengurangan sebanyak  10% keuntungan bulanan bagi tujuan untuk membantu serta meringgankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam. Usaha yang sangat murni dan juga usaha untuk menubuhkan Rumah Ah Nien di bawah Yayasan Amal Matxi dengan memberi perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan juga warga tua.
Antara industri yang disertai oleh syarikat seperti:-
– Hartanah 
 – Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak 
 – Percetakan dan Pembungkusan 
 – Syarikat Penyelenggaraan Acara 
 – Produk Kesihatan dan Kosmetik 
 – Restoran 
Pada awal pembukaan majlis juga telah diserikan dengan ucapan ringkas daripada CEO syarikat dari setiap negara yang hadir. Antaranya adalah seperti Miss Luck Kim (CEO dari Korea) , Mr Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan Holdings Sdn Bhd), Miss Nung (CEO dari Vietnam), Mr Kenny (CEO dari Malaysia) dan Miss Jenny (CEO dari USA).
Ucapan yang sangat ringkas dan padat mempu menarik semangat pengedar produk Matxi untuk lebih bekerja keras memajukan perniagaan mereka.
Pastinya semangat dan konsisten amat diperlukan agar mereka boleh berjaya dan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.
Ada juga persembahan daripada artis seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Lim.
Indahnya persembahan yang memukau para tetamu
Antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini seperti kosmetik – lipstik, suplemen kesihatan seperti kolagen, ekstrak tongkat ali dan pelbagai lagi.
Penyelidikan secara klinikal yang terperici dilakukan pada setiap produk agar memenuhi kehendak pelanggan dengan menggunakan pusat R&D mereka sendiri untuk mengkaji dan sentiasa meningkatkan kualiti produk mereka
Matxi Corp juga ada menandatangani kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan termasuklah Malaysia bagi memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan serta aliran operasi mengikut piawaian yang paling ketat
Untuk maklumat lanjut layari
#MATXICorp 
#YouDeserveABetterLife



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge