MARRYBROWN KINI MAJU SELANGKAH VIA MOBILE APPS, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah sampai satu tahap tak tahu nak masak apa! Mana taknya hari-hari masak boring juga. Nak juga try menu lain kot.
MARRYBROWN
Dalam group WA ‘JOMTEROPONG’ ada kongsi yang Marrybrown sekarang dah ‘advance’. Maju selangkah katanya dengan adanya mobile apps. Sama naik dengan penambahan cawangan Marrybrown
MOBILE APPS
Kalau belum download, KP syorkan untuk download cepat-cepat. Mana tak banyak offer atau deals menarik yang pasti buat anda kembali.
MACAM MANA NAK DOWNLOAD
- Download aplikasi Marrybrown sama ada di Play Store atau App Store secara percuma
- Pastikan check terlebih dahulu outlet mana yang ambil bahagian.
- Klik https://mbapp.marrybrown.com/ untuk lihat outlet mana yang boleh gunakan aplikasi ini.
- Dah selesai download jangan lupa isi butiran diri seperti di pinta
- Nanti akan dapat kod verification untuk sahkan pendaftaran tau!
- Selesai sudah!
1ST USER
Untuk yang pertama kali download dan selesai mendaftar, boleh redeem secara PERCUMA 1 ketul ayam goreng. Boleh pilih nak original atau spicy
TAWARAN MAKANAN DARI RM2.90
Jangan terkejut ye. Ini adalah benar, pelbagai diskaun diberikan jika menggunakan aplikasi Marrybrown dari phone anda. Dari serendah RM 2.90 offer yang ada.
Awal bulan hari tu ada viral offer RM 1 untuk hidangan tetapi dah habis. Jadi diberi tawaran lain pula. Antaranya
- Potato Wedges
- Onion Rings
- Mushroom Soup
- Chicken Nugget
- Bubur Ayam Combo
- Boba Tea
- Hotouch Burger Combo
- Cheesy Burger + Cheesy Wedges
- Tower Burger Combo
- MB Kiddy Meals – Chicken Burger
NAK CUBA REDEEM , TENGOK BOLEH KE TAK?
Bila dah viral, pastinya KP pun nak cuba juga. Nak cuba redeem tengok boleh ke tak? Pilihan outlet semestinya di Citta Mall kerna paling berdekatan dengan rumah.
Rupanya senang saja proses nak redeem via aplikasi nie.
- Klik pada deals di halaman utama aplikasi Marrybrown
- Nampak tak ada pelbagai ‘deals’
- Pilih mana yang nak. kalau tak pasti tentang hidangan /makanan, bila dah pilih ada info disitu
- Kalau dah setuju baru klik butang ‘redeem’
- Eh belum habis lagi, kena pergi ke ‘MyRewards’
- Pasti akan nampak ‘deals’ yang dah dipilih tadi
- Nanti di cashier, jangan lupa untuk kasi scan kod QR tau!
- Lepas tu bayar tau, sama ada via cash, e-wallet atau debit –
BILA BOLEH GUNA APLIKASI NIE?
Boleh juga guna aplikasi nie untuk pick up, delivery mahupun dine-in. Pilih di ‘Menu’ sama ada untuk delivery atau pick up. Delivery boleh pilih nak GrabFood, Food Panda mahupun Shopee Food. Untuk Dine-In, boleh klik redeem sewaktu beratur. Nanti cepat sikit proses di cashier ye.
RM 1 BERAPA POINT
Guna aplikasi nie seronok sebab setiap pembelian akan ditukarkan kepada point. Dan RM 1 sama dengan 1 point. Kalau nak tebus hidangan makanan menggunakan point pun boleh,
Dengan syarat cukup point nak tebus. Boleh check berapa point yang ada di ‘Point Redemption’. Tak bestlah kalau makan-makan sorang sorang kan. Apa kata jom pakat pakat download aplikasi Marrybrown, sure happy punya
Website | Aplikasi MB | Lokasi Cawangan |