Tak sabar menanti Dan menunggu siapakah bakal mengunggul anugerah AIM24 Kali ini.
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-24 [AIM24]
Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A56 dan A36 5G serta disokong Kementerian Komunikasi.

UMUMKAN BARISAN HOS DAN PENGHIBUR
Mengumumkan pasangan hos, barisan penyampai trofi dan senarai penghibur yang akan beraksi ketika malam kemuncak yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 13 September 2025.
Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM24, Encik Rosmin Hashim dalam sidang media bertempat di Premiera Hotel Kuala Lumpur. Ia akan disiarkan secara langsung oleh RTM selaku penyiar rasmi melalui TV2 dan portal RTM Klik.
HOS AIM24
Pasangan serasi Sherry Al-Hadad & Alif Satar sekali lagi terpilih menjadi hos bagi mengemudikan acara berprestij itu yang bakal dihangatkan lagi dengan persembahan penghibur terkenal.
PENGHIBUR AIM24
Begitu juga dengan Ernie Zakri yang telah mencipta fenomena baharu di Indonesia apabila bergabung bakat dengan komposer serta penyanyi masing-masing, Ade Govinda & Anggi Marito. Mereka juga finalis bagi kategori ‘Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis / Komposer Luar Negara Terbaik’ AIM24.

AIM24 bertambah berprestij dengan adanya Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam satu segmen persembahan istimewa.

Penampilan Exists pula juga cukup relevan kerana mereka antara kugiran pop lagenda yang masih aktif membuat konsert di seluruh Malaysia serta negara serantau.


TEMA TAHUN INI
Pemilihan hos, para penghibur dan penyampai trofi itu dibuat berdasarkan kemampuan mereka dalam industri muzik tanah air selain ada kaitan dengan kandungan AIM24 itu sendiri yang bertemakan ‘Kemuncak Segala-Galanya’.

Pemilihan Dolla yang bakal bergabung dengan bintang hip-hop Thailand, Tobii di malam AIM24 menggambarkan pelebaran pengaruh Dolla yang semakin melangkah ke peringkat global.

-Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM24, Encik Rosmin Hashim.
AIM24 juga tidak pernah meminggirkan bakat artis-artis baru dan kali ini semua finalis kategori ‘Artis Baru Terbaik’ iaitu Eric Foo, Intan Maya, K.O.I, Ryenald Guntabid dan Xone akan turut beraksi hebat di pentas malam kemuncak AIM24.
PENYAMPAI ANUGERAH
Antara yang bakal menyampaikan anugerah pada malam nanti



11 KATEGORI AIM24
Apa yang menarik, pemenang 11 kategori AIM24 cukup bertuah kerana ganjaran lumayan berjumlah RM700,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV) menanti mereka kelak.
Pemenang kategori ‘Album Terbaik’ akan menerima dana sebanyak RM200,000 manakala kategori ‘Artis Baru Terbaik’, ‘Lagu Etnik Terbaik’, ‘Lagu Nasyid Terbaik’, ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’, ’Lagu India Tempatan Terbaik’, ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Video Muzik Terbaik’ akan menerima dana berjumlah RM50,000 setiap satu.
Sebelum ini, RIM menerima sejumlah 682 pencalonan berdasarkan karya-karya muzik yang diterbitkan mengikut tempoh kelayakan iaitu antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024.
JURI-JURI
Ia telah diadili pengamal industri muzik tempatan yang berkelayakan serta berpengalaman luas dalam industri mtauuzik tanah air merangkumi komposer, penulis lirik, pemuzik, penyanyi, penerbit, penggubah lagu, guru vokal, pengarah video, jurutera rakaman, jurufoto, pereka grafik dan perunding imej. Penjurian itu dikemudikan Pengarah Muzik tersohor, Datuk Haji Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri.
AIM24 mempertandingkan sejumlah 30 kategori secara keseluruhan termasuk empat kategori terbaharu iaitu ‘Lagu Tradisional Terbaik’, ‘Lagu Perpaduan Terbaik’, ‘Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis / Komposer Luar Negara Terbaik’ serta ‘Kugiran Terbaik’.
Sebanyak 6 kategori akan diumumkan melalui Majlis Pra-Anugerah pada 12 September 2025 sementara 24 kategori utama akan diumumkan pada malam kemuncak 13 September.
