MBI Selangor rai usahawan PLATS dalam Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024

MALAM ANUGERAH PLATFORM SELANGOR (MAPS) 2024

Meraikan pencapaian cemerlang dari segi imovasi, dedikasi dan juga semangat keusahawanan merupakan siri pertama bagi para Usahawan Platform Selangor (U-PLATS). Ianya dianjurkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor

Majls ini juga mengiktiraf pencapaian usahawan mikro dan menekankan kepentingan memupuk persekitaran yang menyokong untuk perniagaan kecil berkembang maju.

Majlis yang julung kali diadakan itu turut diserikan lagi dengan kehadiran DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan diiringi oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Turut hadir YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi dan YBrs. Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor.

PLATS

Platform Selangor (PLATS) ialah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor. Membantu peniaga mikro (contohnya penjaja, peruncit kecil) mendigitalkan perniagaan mereka dan mengatasi cabaran ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

PESERTA TERBAIK

12 peserta dipilih menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Seramai 37,018 orang peniaga telah berdaftar dengan PLATS setakat 31 Jun 2024.

Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan hasil daripada program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY). Antaranya PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar pada bulan Ramadan dan Program U-PLATS Digital..

MBI

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakmen No: 3 1994] pada 21 September 1994.

MBI Selangor berperanan sebagai sebuah badan korporat yang telah ditubuhkan khas untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor. Serta mewakili kerajaan negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa pihak kerajaan negeri.

KOMITMEN MBI

Malam Anugerah Platform Selangor ini amat bermakna untuk peserta PLATS. Ini menunjukkan komitmen MBI Selangor dalam membangunkan serta memupuk bakat keusahawanan dalam kalangan rakyat Selangor.

“MAPS 2024 bukan sahaja menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian peserta PLATS tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka. Terus maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan mikro Selangor pada masa hadapan,”

-Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, YBrs. Ts. Saipolyazan M Yusop

ENAM ANUGERAH KHAS

DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan enam anugerah khas kepada penerima yang terpilih. 

– Anugerah Usahahawan Mikro Komuniti,
– Anugerah Usahahawan Mikro Inovasi
– Anugerah Usahahawan Mikro Digital
– Anugerah Usahahawan Mikro Muda
– Anugerah Usahahawan Mikro Wanita

Manakala untuk anugerah utama ialah ANUGERAH PLATFORM SELANGOR (MAPS) 2024
– Anugerah Usahahawan Mikro Nergeri Selangor

INISIATIF PLATS

Melalui inisiatif seperti PLATS, Selangor membuka jalan ke arah ekonomi digital yang dinamik dan makmur yang memperkasakan individu untuk merealisasikan potensi penuh mereka sebagai usahawan

MBI Selangor yakin inisiatif PLATS ini merupakan usaha progresif dan pemangkin kepada ekonomi digital di Selangor sekali gus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Website PLATS

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge