Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Makcik Roll Sushi Nampak Kecil Tapi Berbaloi & Sedap!|Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai yang bermula untuk berniaga dari rumah. Mencari sumber pendapatan tambahan memandangkan tidak berkerja. Bila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mulakan tumbuh seperti cendawan rata-rata cuba untuk mencuba nasib berniaga. Terus-terang KP katakan yang KP antara sorang yang akan ‘support’ perniagaan seperti ini.
Kalau makanan yang dijual tu sedap memang KP akan repeat order lagi dan yang jadi ala ala juri adalah kids di rumah. Sebab bila tanya pada mereka jawapan jujur akan diberikan. Sedap ke, masam ke, manis ke atau pedas mereka jawab dengan jujur tanpa ada selindung.
Dalam banyak-banyak makanan yang ada kat luar sana boleh pula Irfan request kali ini nak makan sushi. Jadi macam biasalah jari ini ‘scroll’ mencari-cari ada ke yang buat sushi yang sedap dan berbaloi. Dan paling penting boleh hantar ye ,KP malas nak keluar. Scroll punya scroll nampak Makcik Roll Sushi. Jujur KP katakan diantar sebab kenapa boleh nak order sebab logo di nampak ‘cute’ giler. So terus Whats App.
Info Makcik Roll Sushi
Baru sahaja bermula pada 12 June 2020 sewaktu PKPP. Pasti ada yang tertanya kenapa Makcik Roll Sushi? Apa rahsia disebaliknya? Ini ceritanya, sis yang buat sushi nie sebenarnya pernah berkerja sebagai Head Chef (bahagian Jepun) di salah satu hotel 5 bintang. Dek kerana jawatan Head Chef ramai yang memanggilnya ‘makcik’ (hihih…) sedangkan umurnya baru 24 tahun. Ha, macam mana tu?
Kelainan Makcik Roll Sushi
Apa yang membezakan antara makcik roll sushi dengan yang di luar sana adalah, tidak menggunakan bahan yang ‘raw’ atau belum dimasak. Mengetahui yang ada di antara tidak menggemari makanan sebegitu jadi sis menggunakan bahan yang biasa dimakan. Antara lain adalah special sauce yang diletakkan di atas sushi. Sushi di buat segar setiap hari ya bermula 7 pagi – 11 pagi dan mula di hantar pada jam 12 tengahari hingga 5 petang. So orderlah sehari awal ya!
Menu Makcik Roll Sushi
Antara menu yang ada sekarang ini adalah
Chicken Teriyaki : RM 20 [ jangan tengok pada harga sebab bukan dapat 1-3 potong tapi 10 potong ye]
Letak pula sos diatas dengan sushi chicken teriyaki.
Tamago Crabstick : RM15 [ 1 set ada 10 potong]
Favourite Irfan and Qurratul . Kalau anda minat telur dan crabstick ini pilihan yang patut di cuba. Layan sei makan lelagi masa tengok movie.
Nampak tak kemasan sushi yang digulung sebelum di potong.
Sweet Tamago : RM10 [1 set ada 10 potong]
Ini memang favourite Irfan. Masa mula mula dapat takut juga Irfan tak gemar tapi silap. Rupanya mencapai apa yang dia nak. Dengan harga sebegini jangan lah nak bulan bintang. Sedap dan berbaloi dan cukup alhamdulilah
Sos cheese dan mayo di atas sushi memang ada untuk setiap set. Jika anda nak sos lebih mahupun wasabi boleh saja request. Setiap satu cup add on extra RM 1 .
Pasti ada yang tertanya tentang delivery charge kan? Ya ini senang sahaja, jika berada di Saujana Utama Sg Buloh adalah percuma. Lain- lain lokasi dalam RM 5- 10 dengan minumum RM25 untuk setiap order. Kalau nak tahu lebih lanjut klik ajer di IG :https://www.instagram.com/makcikroll/
PS: ye gmbr tak sharp sebab SENDIRI BAYAR SENDIRI REVIEW! Tak expect repeat order 3-4 kali hahahah
Not bad as delivery service is provided albeit with a bit of charge. 🙂
Tekkaus recently posted…HyperGear Active Cool T-Shirt For Your Running, Gym & Casual Outings