Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
#MakanMakanFoodHunt di 1Utama Antara Tempat Makan Yang Best |Makan-makan selama 5 jam di 10 restoran yang terpilih didalam 1Utama. Tak pernah KP bayangkan 5 jam tu mencari, merasa dan “photoshoot” gambar makanan. Ini kali pertama KP berpeluang untuk turut sama #MakanMakanFoodHunt, Seperti di sorong bantal semestinya KP tidak menolak. Seawal jam 11 pagi rakan-rakan blogger yang lain berkumpul dihadapan McDonald’s. Pendaftaran dan pengagihan ahli kumpulan di buat selepas pendaftaran selesai. Tugasan diberi perlu diselesaikan dalam masa 5 jam . 10 buah restoran perlu di kunjungi, pilihlah makanan yang ingin direview. Jangan lupa untuk photoshoot gambar tersebut.
Antara lokasi restoran yang terlibat dalam #MakanMakanFoodHunt kali ini ialah
- The Library Coffee
- Bisou
- Myeong Dong
- Moo Cow
- Little Fat Duck
- Nana’s Green Tea
- Quiznos Pizza
- Benjamin & Barton
Lokasi pertama yang KP kunjungi
The Library Coffee – Seronok pula rasanya bila menikmati coffee didalam shopping mall berlatar-belakangkan dengan buku-buku seperti perpustakaan.
Lokasi The Library Coffee Bar dan menu hidangan yang ada disini
Chamomile tea
Ice blended Mocha dinikmati sambil membaca buku di dalam shopping mall. Best sangat sebab sempoi
Set Humming Ham bersama Coffee
Humming Ham – sesuai untuk yang tidak menggemari makanan berat
Fish Arrabiata
Creamy Chicken
Magma Choc
Coffee of the Day
Berries Waffle
- Bisou
Cantikkan Bisou cafe ni. Warna-warni sangat dan pada penggemar cupcakes ini adalah diantara tempat yang patut dilawati jika berada di 1Utama
Antara cupcakes yang ada -cookies and cream
Vanilla Sky
Strawberry balsamic dan Triple Choc
Dream Come True
Rainbow Red Velvet
Set hidangan minum petang ataupun waktu santai bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Kek memang terbaik cukup rasa, cukup manis, tekstur yang lembut dan SEDAP
- Myeong Dong Topokki
Ini adalah diantara restoran Korea yang ada di 1Utama. Jika ingin makan-makanan Korea bolehlah singgah di sini dimana harganya pun agak berpatutan.
Odeng ( yang ini cam pucuk dalam sup)
Tuna/Vege/Cheese Kimbab
Myeong Dong Topokki ( rice cake original )
Tempura Squid
Pajeon – cam telur dadar tapi sebenarnya penkek tau
Air tin dari Korea ini memang bestlah. KP suka sangat terutama air tin epal dan juga air tin peach. Tak terlebih manis dan pastinya akan datang balik.
- Moo Cow
Pilihlah yang mansa satu ada kon cup maupun juice dan juga yogurt drink
Bukan sahaja ada aiskrim tetapi ada juga air yogurt .
Pilih perisa yang nak Original, Blueberry and Strawberry.
Aiskrim pilihan KP kali ini, siap dengan topping strawberry and chocolate chips
Terbaiklah Moo Cow – frozen yogurt.
- Little Fat Duck
Little Fat Duck – walaupun namanya ada “duck” tidak semestinya menghidangkan “duck”. Mengambil kesempatan untuk mencuba menu baru . Katanya ada yang sedap
Masih mengekalkan menu western sebagai menu mereka, KP berkesempatan mencuba Spaghetti Carbonara dan Chicken Confit.
Chicken Confit dihidangkan bersama ayam dan mashed potato. Ayam kalau panggang lama sikit pastinya sedap lagi bila ditambah dengan sos.
Spaghetti Carbonara – seperti biasa tiada yang memberikan kelainan.
- Nana’s Green Tea
Suka pada green tea, pernah cuba tak aiskrim parfait. Isinya adalah Kanten seperti jeli yang berwarna hijau.
Selain itu juga ada beberapa -Cha dimasukkan ke dalam parfait anda seperti Uji-cha, Karigane-cha, Haji-cha dan Gemmai-Cha
Yang di order oleh KP dan rakan blogger ialah
Matcha Shiratama Parfait
Hoji ” Gateaux Chocolat ” Parfait
Agak pahit sedikit parfait ini buat KP tetapi aiskrim chocolate memang pekat dan full of chocolate.
- Quiznos
Di Quiznos Sub , KP di beri peluang untuk mencuba pizza. Yupp pizza di sini agak berlainan dengan pizza hut atau pizza di luar sana.
Ianya dihidangkan diatas “toast sub” dan juga pizza. Bagi KP setiap hidangan yang di sediakan memang besar dan boleh dimakan untuk lebih 1 orang. KP seorang pastinya tidak dapat habiskannya.
Tak dapat nak habiskan seorang diri nasib baik mempunyai rakan-rakan yang turut serta .. berkongsilah kami semua.
- Betjeman & Barton
Memang kelas minum petang disini. Antara tempat yang ingin KP kunjungi dan tercapai juga. Di sini macaron yang dihidangkan mempunyai pelbagai perisa dan semestinya rangup jua sedap. Makan satu tak cukup pasti inginkan lagi
Lihat sahaja dekorasi di dalam ini pastinya membuat anda terpegun sebentar.
Oh ye KP tidak lama di sini kerana kekenyangan yang amat sangat kerana perlu kunjungi 8 restoran dari 10 restoran untuk menunaikan misi kami.
Pengalaman yang baru untuk KP dan perlukan stamina yang kuat untuk melengkapkan #MakanMakanFoodHunt ini.
Tetapi jika diberi peluang sekali lagi tidak pasti KP menolak , pasti ingin kembali bersama rakan-rakan untuk turut serta. Apa pun terima kasih daun keladi buat pihal 1 Utama kerana memberi peluang dan sekali gus membahagiakan KP secara tidak langsung untuk mengunjungi Betjamen & Barton
credit picture: Alizasara
#kitepunye #kitepunyedotcom #MakanMakanFoodHunt #1Utama #makanmakan