. Sejak kami melakukan pengubahsuaian pada bangunan Lot 10 tahun lalu, banyak pembaharuan berlaku di dalamnya. Kami telah menerima penyewa-penyewa baru antaranya Reebonz, kedai offline pertama sepertinya di Malaysia, J’s Gate Dining yang menawarkan 18 restoran makanan Jepun, Tokyo Candy Factory, Molten Chocolate dan terbaru adalah Sennheiser Pop-Up Store. ”
Kata Joseph Yeoh, Naib Presiden YTL Land & Development &YTL Hotels & Properties.
Aktiviti -aktiviti yang diadakan bakal memberikan pengalaman dan pengetahuan dalam usaha untuk menarik lebih ramai untruk turut serta. Antara aktiviti #lot10wanderlust yang telahpun diadakan pada hujung minggu di Lot 10 adalah:
- Pasar Sari
-telahpun berakhir pada 22 April lalu dimana Pasar Sari ini menawarkan pelbagai produk keluaran milik pengusaha tempatan. Antara pengusaha yang terlibat adalah Apothecary Malaysia, Kapten Batik, Buih & Co dan banyak lagi. Lot 10 bercadang untuk menjadikan Pasar Sari ini sebagai aktiviti setiap 4 bulan. - Forum Terbuka
-Lima pengusaha wanita berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam industri fesyen dan kecantikan. Mereka adalah Aina Syahirah (Kulet), Jenn Low (Wanderlust & Co), Didie Nasir (Dida Cosmetics & Dynda Designs), Tengku Jamidah (Dida Cosmetics & THAVIA) dan Haida Yusof. - Tonton wayang di Lot 10 Rooftop
-Buat pertama kalinya, pada 13 April lalu, satu sesi menonton wayang Cinema Paradiso telah diadakan di bahagian Rooftop. Dengan ditemani sinaran bintang-bintang di langit, pengunjung berpeluang menonton wayang Korean berjudul ‘Battleship Island’ yang mendapat sambutan hangat di Korea. Mendapat kerjasama bersama iflix, BenQ, Sennheiser dan Strongbow, Lot 10 bakal mengadakan lebih banyak sesi menonton wayang tidak lama lagi.
Bukan itu sahaja, Lot 10 juga menawarkan:
- restoran untuk menjamu selera antaranya di Lot 10 Hutong, Rococo Cafe, Coffee Bene, 18 restoran Jepun dan banyak lagi.
- permainan e-gaming di The Geek Arena. Pelbagai permainan e-gaming disediakan seperti Street Fighter, FIFA, PUBG, Rainbow6siege, League of Legends dan banyak lagi ditawarkan di arena ini.
- hiburan seperti ‘busking’ juga diadakan di pintu masuk Lot 10 bermula tengahari hingga 9 malam. Pengunjung juga dihiburkan dengan musik piano, saxophone, gitar, cello dan banyak lagi.
- menganjurkan Open Piano yang mana pengunjung boleh menunjukkan kemahiran mereka di sini.
- berkongsi gambar-gambar selfie menarik di ruang Instagram Spots yang mempunyai temanya tersendiri yang boleh dijumpai di setiap aras Lot 10.
- berkongsi idea dan mencatat apa sahaja di Chalk Walls
- Wifi percuma kepada pengunjung
- Cheerleader Squad yang membantu pengunjung yang memerlukan bantuan penunjuk arah dan sebagainya dan melakukan promosi
- perkhidmatan SOCAR, iaitu platform perkongsian kereta
Ini hanyalah sebahagian daripada aktiviti yang ada , masih ada lagi aktivti lain yang bakal dan sedang diadakan di Lot1 10 . Jika ingin mengetahui perkembangan terkini boleh sahaja layari #Lot10Wanderlust dan #lovelot10. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari
Facebook Lot 10 www.facebook.com.pg/Lot10KL/events/
Instagram Lot 10: www.instagram.com/lot10klofficial
Tunggu entri KP untuk pengalaman di #Lot10Wanderlust







