LALAPORT BBCC DIBUKA 20 JANUARI 2022, PASTI BEST! | Assalamualaikum dan Slaam Sejahtera. Antara yang terbesar dan terluas bakal di buka di Asia Tenggara. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kelainan disini.
LALAPORT BBCC
Ianya terletak di Bukit Bintang City Centre, bakal bermula operasi kepada orang ramai pada 20 Januari 2022. Dianggarkan 400 kedai dengan pelbagai penyewa optimum akan dibuka secara berperingkat dengan pembukaan pada Januari 2022.
Bukan itu saja dimeriahkan lagi dengan barisan jenama terkenal dari Jepun yang menyaksikan kehadiran julung kali di Malaysia. LaLaport BBCC ini menjadi LaLaport kedua Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.
JENAMA TERKENAL DARI JEPUN
LaLaport BBCC akan membawakan jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DON DONKI.
Selain itu, Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun, akan membuka kemudahan pertamanya di Malaysia di sini di LaLaport.
HIDANGAN PILIHAN MAKANAN
Antara restoran yang bakal dibuka seperti Michelin – tempat makan yang berkonsep baharu oleh chef terkenal . Ada juga dari Shin’ Labo, Marta’s Kitchen, Buena Brasa Gastropub, DONQ / Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi.
Pengunjung juga akan dapat menikmati citarasa restoran tempatan yang telah menempah nama di Malaysia.
MODERN SIMPLICITY
Persekitaran pusat beli-belah baru ini direka dengan estetika “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”. Ia menampilkan ciri rekaan dalaman berdasarkan alam semula jadi bagi menyediakan ruang yang melangkaui aktiviti membeli-belah.
Aliran reka bentuk dalaman-luaran yang lancar menawarkan tempat di mana pelanggan dan pengunjung ke pusat membeli-belah itu berinteraksi dan menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga.
GOURMET STREET / CAFETARIA
Pelbagai citarasa, termasuk aras makanan dan minuman yang besar yang menawarkan pasar raya. “Depachika Marche” yang menyediakan aneka makanan bungkus. Medan selera kasual bernama “Cafeteria”, sekali gus memenuhi pelbagai kehendak pelanggan.
“Gourmet Street” memberikan pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka untuk pengunjung manakala medan selera “Garden Dining” yang besar di Aras 4 mempunyai kapasiti1,400 tempat duduk.
CENTRAL ROOFTOP GARDEN
Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan bersantai di LaLaport BBCC dengan banyak ruang acara disediakan.
Antaranya seperti “Central Rooftop Garden” dengan keluasan sebesar 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh kehijauan dan pokok-pokok.
WOW PLAZA
Mempunyai ruang acara unik yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street – “WOW PLAZA”. Tarikan di pintu masuk utama yang menampilkan pelbagai bentuk pencahayaan seiring dengan acara bermusim – “Grand Step”.
Sebagai pusat beli-belah yang menumpukan gaya hidup dari Jepun, LaLaport BBCC mahu pelanggan yakin dengan reka bentuknya yang menawarkan pengalaman baharu.
Selain menggabungkan budaya dan trend Malaysia sambil mengekalkan DNA Jepunnya yangtersendiri.
APLIKASI LALAPORT MY MOBILE
Aplikasi LaLaport MY Mobile akan tersedia untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai pusat beli-belah ini. LaLaport BBCC juga akan menyediakan ciri penstriman langsung melalui platform media sosial yang membolehkan hal-hal terkini dimaklumkan di hujung jari.