KONVENSYEN TAHUNAN KE17 AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD, BEST KE! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari nie nak kongsi tentang pencapaian yang tidak sangka! Especially untuk yang berlainan agama.
KONVENSYEN TAHUNAN KE17 AS-SALIHIN TRUSTEE
Bila dapat hadir sendiri melihat mereka yang memenangi anugerah demi anugerah macam kenapa mereka boleh ye? Bagaimana nak jadi seperti mereka untuk berjaya dalam apa yang dibuat.
Di Konvensyen Tahunan ke17 As-Salihin Trustee Berhad, ada sesuatu yang membuat KP tertarik. Mana taknya adik beradik yang berlainan agama antara yang menerima anugerah.
ANUGERAH PERANCANG HARTA PUSAKA ISLAM
Anugerah Perancang Harta Pusaka Islam bagi Kategori Rekruit Tertinggi untuk tahun 2021. Bukan anugerah biasa-biasa yang diterima.
Nur Elaine Aisyah binti Abdullah bersama adiknya Jocelyn Ong Siew Feng berganding bahu mengajak masyarakat di luar sana untuk mendaftar sebagai penasihat hibah dan wasiat
Usaha gigih kedua beradik ini walaupun berlainan agama memberi impak yang besar dalam Konvensyen Tahunan ke17 As-Salihin Trustee.
Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Ashar Abdullah Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah as-Salihin Trustee Berhad serta Tn. Hj Abdul Aziz Peru Mohamed, Pengarah dan Ahli Lembaga as-Salihin Trustee Berhad.
ERA ADVISORY
Kejayaan yang diperolehi kedua adik beradik ini telah disatukan dalam satu kejayaan yang sama sebagai Perancang Harta Pusaka Islam.
Dimana kedua mereka ini juga mempunyai lesen Certified Financial Planner (CFP) dan telah menubuhkan agensi yang dinamakan ERA ADVISORY.
Agensi ini telah didaftarkan dibawah as-Salihin Trustee Berhad sebuah syarikat amanah yang telah ditubuhkan sejak 18 tahun yang lalu oleh Allahyarham Tun Mohd Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Nagara.
3 BAHASA PENYAMPAIAN ?
Melalui agensi ERA ADVISORY telah disediakan pelbagai latihan dan khusus bagi membimbing ahli-ahli untuk menjadi perancang harta pusaka yang berkualiti dan bertauliah.
Keunikkan agensi ERA ADVISORY ini antaranya adalah penyampaian latihan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris.
Ini merupakan salah satu tarikan untuk orang ramai yang ingin menuntut ilmu dalam bidang Harta Pusaka Islam dalam bahasa Inggeris ataupun Bahasa Mandarin.
KONGSI ELAINE
Alhamdulillah kami berdua adik-beradik amat teruja dan rasa syukur atas anugerah yang kami terima pada malam ini. Kami percaya bahawa anugerah ini adalah hasil usaha dan berkat doa dari semua.
Misi kami adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan pusaka.
Fokus kami adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang minat untuk menceburi bidangan Perancangan Kewangan Islam, khususnya bidang perancangan harta pusaka bagi umat Islam.
BAGI JOCELYN
Hukum Faraid bagi umat Islam sangat lengkap dan terperinci berbanding dengan Distribution Act 1958 bagii orang bukan Islam.
Saya rasa bersyukur kerana mendapat banyak ilmu dan pengetahuan yang saya belajar selama menceburi bidang ini.
Niat saya untuk memberi kesedaran dan peluang pasaran perancangan pusaka Islam kepada rakan saya melalui bahasa yang mereka selesa untuk belajar.
ANUGERAH TOP RECRUITER TAHUN 2021
Elaine Aisyah dan Jocelyn Ong muncul sebagai penerima “Anugerah Top Recruiter Tahun 2021” atas kejayaan mereka mencatatkan bilangan recruit tertinggi di seluruh Malaysia.
Kini, ERA Advisory mempunyai lebih 100 orang perancang harta pusaka yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, latar belakang.
Termasuklah akauntan, auditor, guru, engineer, pengurus hotel, professional kewangan, ustaz dan sebagainya yang berlokasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.
NAK TURUT SERTA?
Jika berminat untuk menceburi kerjaya ini boleh saja refer pada KP atau ERA ADVISORY sendiri. Bukan saja membantu diri sendiri tetapi juga jadikan bekalan di akhirat nanti.