KONSERT TOUR 30 YEARS OF DEWA 19, THE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Puas hati, nak lagi! Inilah kata-kata yang didengari sebaik saja melangkah keluar dari Axiata Arena, Bukit Jalil.
KONSERT TOUR 30 YEARS OF DEWA 19
Malam pertama 9 September 2022, dihadiri lebih dari 9,000 peminat dimana rata-rata gembira dan ‘enjoy’ walaupun pada petang itu hujan. Sedikit pun tidak menjejaskan para peminat untuk hadir.
Ada yang bersemangat dimana dari jam 3 petang sudah ‘berkampung’ di perkarangan Axiata Arena, Bukit Jalil.
Dari hanya satu malam ditambah satu lagi malam untuk para peminat. Mana taknya ada yang berkongsi tidak sempat membeli tiket sewaktu dijual untuk hari pertama.
BUKAN TIGA JAM TAPI EMPAT JAM
Ya betul, ini bukanlah tipu tetapi ini hakikatnya. Konsert Tour 30 Years of Dewa 19 berlangsung selama empat jam.
SEMUA VOKALIS ADA!
Dewa 19 yang dibarisi lima penyanyi iaitu Ahmad Dhani, Virzha & Tyo Nugros, Ello, Ari Lasso, Once Mekel dan band menghiburkan para peminat dengan penuh energy.
BALADEWA & BALADEWI SPORTING HABIS!
Konsert bermula sahaja, masing-masing bersorak melepas kerinduan. Lebih dua tahun kumpulan dari Indonesia tidak membuat persembahan di Malaysia kan?.
Baladewa dan Baladewi yang hadir semuanya sporting habis dari mula konsert hingga ke penghujungnya. Masing-masing turut menyanyi lagu ‘sing along’ bersama vokalis.
LAGU KESUKAAN DEWA 19
Ello sempat berkongsikan dimana lagu Careless Whisper nyanyian George Michael, lagu kesukaan setiap ahli Dewa 19. Malam ini dibawa khas untuk konsert ulang tahun kali ini
“Tanpa anda semua, kami bukan apa-apa. Terima kasih Malaysia,”
-kata Ello
LAGU LAIN
Antara lagu yang dimainkan adalah Cinta Gila, Tak Kan Ada Cinta Yang Lain, Aku Milikmu, Larut, serta Angin yang dinyanyikan oleh Virzha, Ello, dan Ahmad Dhani.
Kemunculan yang dinantikan iaitu Once dan Ari Lasso. Persembahan nyanyian Once menerusi Roman Picisan, Arjuna dan Dewi.
Lagu Sedang Ingin Bercinta duet bersama Ahmad Dhani antara yang mendapat sorokan kuat daripada peminat yang ada di dalam Axiata Arena.
BAND DEWA 19
Tidak lengkap tanpa band dimana masing-masing ada peranan dan keunikan tersendiri. Andra Ramadan dengan petikan gitar, slapping bass Yuke Sampurna dan dram Agung Yudha.
Peminat Tyo Nugros pasti setuju dimana kehadirannya di posisi drum turut mengubat kerinduan dimana senantiasa memberi persembahan terbaik.
38 LAGU PUAS HATI TAK?
Kalau ikut hati memang tak puas hati sebab ada lagi lagu yang tidak dinyanyikan dalam konsert. Tetapi untuk menyanyikan 38 lagu dalam satu malam ianya bukan senang.
Persembahan bertenaga dari semua vokalis termasuk band. Masa empat jam berlalu dengan cepat, dimana sedar tak sedar sudah sampai penghujungnya.
BERBALOI KE?
Sangat berbaloi walaupun dalam hati kalau boleh nak lagi kerna tidak puas. Pastinya ia adalah diantara memori indah tahun 2022 yang tersemat rapi bersama DEWA 19
Tahniah buat Icon Entertainment & team DEWA 19.
Credit Pictures : @echolaliapictures