KONSERT REVOLUSI 2022 -TODAK MUSIC & FRIENDS THE BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Waa.. Dah start boleh tonton konsert bestnya! Tak sabar nak tunggu konsert apa lagi lepas ini. Sebelum tu, jom layan.
KONSERT REVOLUSI 2022
Bertemakan ‘Revolusi Industri Muzik Tanah Air’, konsert kali ini memaparkan perubahan revolusi industri muzik Malaysia sepanjang zaman. Jadi pemilihan artis-artisnya pun dipilih mewakili genre muzik berlainan termasuk tradisional.
Ketika di sidang media, sempat berkongsi dimana konsert ini telah lama dirancang namun terganggu disebabkan pandemik COVID-19.
PERANCANGAN AWAL DI PULAU PINANG
“Sebenarnya, perancangan awalnya konsert ini sepatutnya bermula di Pulau Pinang tetapi disebabkan oleh pandemik COVID-19 ia terpaksa ditangguhkan lama .
Kini dapat direalisasikan walaupun dalam skala lebih kecil sebagai mematahui SOP yang ditetapkan Kerajaan.
Telah tiba masanya bagi semua pihak untuk bekeriasama memeriahkan kembali industri seni tanah air,”
-kata Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion Sdn Bhd, Ikmal Fareeq,
DISOKONG OLEH MY CREATIVE VENTURES & PENJANA
Konsert Todak Music & Friends ini disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui My Creative Ventures.
Selain itu Penjana juga turut serta dan mendapat kepercayaan penaja strategik, Profitto Business Solution Sdn Bhd.
SHIHA ZIKIR
Shiha antara artis yang menyanyikan lebih dari 3 lagu pada malam itu. Secara tidak langsung dikatakan sebagai artis utama dalam konsert ini. Bila ditanya adakah Shiha ‘anak emas’ pada syarikat rakaman Todak Music ini kongsinya.
“Bukan begitu, barangkali kerana saya lebih lama sebagai artis dalam industri bersama-sama dengan Todak Music. Disebabkan ini saya mempunyai lebih lagu untuk membuat persembahan.
“Tiada istilah anak emas di sini. Malah rakan-rakan artis lain pun faham sebab mereka masih ‘fresh’ dan baharu. Belum ada rasanya mereka berfikiran begitu,”
-kongsi Shiha dengan lagu yang dipersembahkan seperti AEWO, Irama, Jagakan Dia dan lagu baharu berjudul Kalam.
LAGU BARU KALAM
Pada malam konsert, penonton antara yang bertuah dapat mendengarkan single terbaru berjudul Kalam. Luahan hati Shiha selama 12 tahun menjadi anak seni dikongsikan dalam ‘Kalam’
Penyanyi lain yang turut tampil pada konsert berkenaan terdiri daripada Bunga Isme, Muzza, Razak A’ai, Luqman Podolski, Dina Nasz dan kumpulan legenda, Gerhana Ska Cinta. Layari