KONSERT NOAH LIVE IN KL 2022, MEMANG AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Puas hati dengan persembahan kali ini. Rugi kalau tak datang walaupun jalan agak sesak kerana hujan
TAHNIAH YOLO MALAYSIA
Label penganjur acara kian popular, YOLO Malaysia sekali lagi berjaya menghiburkan lebih kurang 2,500 peminat tegar band rock terkenal dari Indonesia, NOAH.
Konsert yang memukau dan penuh bertenaga, ‘NOAH Live in KL’ pada Sabtu malam di Zepp Kuala Lumpur.
“Syukur kerana segala-galanya telah berjalan dengan lancar. Hampir 2,500 pengunjung hadir memenuhi ruang konsert. Menonton persembahan memukau daripada band rock paling popular negara seberang iaitu NOAH.
Rata-rata pembeli tiket mengatakan mereka amat berpuas hati dapat menyaksikan bintang rock kesayangan membuat persembahan secara ‘live’.
“NOAH turut meluahkan rasa terharu mereka kerana ruangan konsert yang ternyata ‘sold-out’. Tidak termasuk dengan sistem bunyi yang mantap serta penonton yang ‘happening’ menyanyikan bersama lagu-lagu yang dibawakan,”
-jelas Hamka Mohd Taufik, selaku Penerbit Kreatif YOLO Malaysia.
SIAPA NOAH?
NOAH yang dianggotai tiga orang ahli pemuzik. Ariel selaku ‘frontman’ atau vokalis utama, Lukman selaku gitaris dan juga David, pemain keyboard.
Mempersembahkan hampir 20 buah lagu kesemuanya termasuk lagu-lagu hit dari awal penubuhan band tersebut sekitar sedekad yang lalu.
Antaranya seperti Menghapus Jejakmu, Separuh Aku, Yang Terdalam, Bintang Di Surga, Mungkin Nanti dan lain-lain.
Seramai 3 orang pemuzik profesional turut mengiringi persembahan dengan kejutan istimewa untuk pengunjung yang berupa ‘Concert Kit’ buat setiap pembeli tiket.
LED WRIST BAND
“Setiap pengunjung yang hadir telah diberikan sebuah ‘led wrist-band’ atau gelang tangan led sebelum memasuki dewan konsert.
Apabila pembeli mengenakannya, lampu led di gelang tangan akan menyala mengikuti ritma tempo muzik yang dibawakan ketika konsert berlangsung.
“Ini merupakan kali pertama seumpamanya gajet sebegini digunakan di Malaysia dalam konsert bernuansa Melayu,.
Kesemua pengunjung terhibur dengan perubahan warna ‘wrist-band’ tersebut disamping menambah keseronokan pada atmosfera di dalam dewan konsert.
Selain itu pembeli juga turut menerima sekeping kad bersaiz Touch ‘n Go dengan paparan band NOAH sebagai kenang-kenangan.
-Menurut Ib Harun, Pengasas YOLO Asia.
YOLO X NOAH 2023
“Kesemua pengunjung yang hadir memberikan respon yang sangat positif. Menyatakan kerinduan mereka terubat setelah melihat NOAH membuat persembahan tanpa henti selama 90 minit.
“Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan daripada pembeli tiket, YOLO Malaysia sudah pun merencanakan YOLO x NOAH 2023. Insyallah pada tahun hadapan di ruangan yang lebih besar.
“Dan khas buat peminat-peminat muzik K-pop di Malaysia nantikan juga sebuah pesta berteraskan muzik K-pop yang dipanggil YOLO K-razee tidak lama lagi.
-tambah Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia
“Semoga pengunjung konsert pada masa akan datang terus memberikan kepercayaan penuh terhadap YOLO Malaysia. Dimana kami menjanjikan aksi-aksi muzikal menakjubkan dan memukau pada setiap konsert.
Credit gambar: Maestro