KONSERT JIWA KACAU BERIKAN KELAINAN, MESTI HAPPENING!

KONSERT JIWA KACAU BERIKAN KELAINAN, MESTI HAPPENING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pastinya jiwa akan menjadi kacau tatkala melihat Hujan, Bunkface, Masdo dan Insomniacks mempamerkan kehebatan masing-masing di atas pentas yang sama.

KONSERT JIWA KACAU

Bakal diadakan pada 17 Jun 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor buat julung kalinya oleh MND Sport & Event Sdn. Bhd.

Bukan satu tetapi empat kugiran terbaik Malaysia bakal mempersembahakan di satu pentas yang sama.

NAIKKAN LAGI IMEJ INDUSTRI MUZIK NEGARA

idea penganjuran Konsert Jiwa Kacau ini terhasil untuk menaikkan lagi imej industri muzik negara.

Dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang mempunyai bakat serta kualiti yang tidak boleh diabaikan.

“Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacs dan Masdo sebagai line-up. Lambang apresiasi kami terhadap fenomena yang dicetuskan kugiran ini dalam genre masing-masing.

UNTUK GENERASI BARU

Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik tempatan kerana kualiti yang ada pada mereka.

Marilah kita menjiwai seni muzik yang dihasilkan oleh keempat-empat kugiran ini menerusi Konsert jiwa Kacau yang akan diadakan pada 17 Jun ini di Stadium Malawati Shah Alam”

-menurut Harith Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event Sdn. Bhd.

ANTARA KUGIRAN INDIE TERBAIK

Menyifatkan keempatempat kugiran ini sebagai kugiran yang tidak pernah akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan. Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan menjadikan peminat masing-masing naik ‘gila’.

“Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adaalh dua kugiran Indie yang memecah tembok komersil dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene Indie di Malaysia.

Insomiacks dan Masdo pula adalah salah satu kugiran pop dan rock yang meraih pengaruh paling pantas dalam kalangan generasi muda lewat keunikan genre yang dimainkan.

Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita sendiri ini bergabung, kami percaya peminat akan ‘naik gila’.

Harapan kami agar konsert ini memberi impak yang besar selain mencipta gelombang baru dalam industri muzik Malaysia”

LAMARAN GILA ?

Menurut Youk yang berucap mewakili pihak Bunkface, beliau menyifatkan Konsert Jiwa Kacau ini sebagai satu lamaran ‘gila’ yang datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan.

“Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang ‘berperang’ dan berpesta dengan Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua ‘gila’!

Konsert Jiwa Kacau sebenarnya menjadi satu penghormatan pada kami bagaimana karya pemuzik lokal seperti kami diiktiraf dan terus disokong untuk memartabatkan industri muzik kita”

Insomniacks yang membuat peminat ‘kacau’ lewat lagu mereka seperti Kepala Batu, Langgar dan Pulang, berkongsi panggung bersama tiga legenda adalah mimpi yang menjadi realiti.

“Sebagai pemuzik paling junior, Insomniacks berasa sangat kecil tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan, Bunkface dan Masdo.

Dengan mereka yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup dalam industri”

HARGA TIKET JIWA KACAU

Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan keempat-empat kugiran bersatu dalam satu pentas yang sama dalam satu malam!

CAT 3 [RM75], CAT 2 & General [RM165], CAT 1 [RM 235], VIP [RM255] dan Meet & Greet Pass [RM488] boleh dibeli mulai 24 Mac 2023 pada 2.30 petang.

Website MyTicket

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge