Konsert ini adalah khas buat peminat-peminat setia saya. Merekalah yang sentiasa menyokong saya selama ini.

KONSERT HANYA SATU DATUK NORA ARIFFIN

Impian Datuk Nora Ariffin untuk mengadakan konsert solonya bakal terlaksana pada 18 Disember ini di Stage 1 Theare, PJ Pac, 1 Utama E, Petaling Jaya bermula jam 8.30 malam. 

Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) ini adalah sempena pembabitan Nora selama 30 tahun dalam industri muzik tanah air.  Bersyukur kerana impiannya untuk mengadakan konsert solo, akhirnya menjadi kenyataan.

KHAS BUAT PEMINAT-PEMINAT SETIA

“Konsert ini adalah khas buat peminat-peminat setia saya. Merekalah yang sentiasa menyokong saya selama ini, ini adalah hadiah dan penghargaan saya buat anda semua.”

“Ia juga adalah detik penting dalam kerjaya muzik saya. Jadi, saya akan pastikan saya memberi yang terbaik,”

-tambah Nora lagi.

Konsert ini dibawakan khas oleh syarikat Nora sendiri, Johan Nawawi Sdn Bhd (JNSB) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures. 

SOKONGAN DAN KERJASAMA

“Kami daripada Johan Nawawi Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui Kumpulan MyCreative Ventures. Di atas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui program Dana Kandungan Kreatif Persembahan Muzik,”

-sambungnya 

Menurut Nora, dia menghargai sokongan kerajaan dalam memberi peluang kepada artis-artis seangkatannya untuk mengadakan konsert. 

Sementara itu, Pengurus Projek dan Penerbit konsert ini, Alita Aris berkata, pihaknya mahukan konsert yang eksklusif dan ‘intimate’ khas buat peminat setia dan penyokong tegar Nora selama 30 tahun ini.

ANTARA LAGU YANG BAKAL DIDENDANGKAN

Dalam konsert berdurasi dua jam ini, Nora akan menyanyikan sebanyak 17 lagu popular dan malar segar daripada 18 albumnya. 

Antara lagu-lagunya adalah Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), Sandiwara, Menyemai Cinta Bersamamu, Renungan Terakhir, Jentayu dan banyak lagi.

SEGMEN KHAS TRIBUTE TO JOHAN NAWAWI

Alita berkata, antara yang istimewa dalam konsert itu ialah segmen khas Tribute to Johan Nawawi sebagai memberi penghormatan buat Allahyarham suami Nora iaitu Johan Nawawi.

“Selain sebagai komposer, penerbit dan penggubah muzik dihormati di tanah air,  arwah Johan juga individu yang memainkan peranan penting dan tunggak kejayaan dalam kerjaya Nora sebagai penyanyi,” katanya. 

SENTUHAN JENNIFER THOMPSON

Dalam pada itu, menurut Alita, konsert ini akan mendapat sentuhan individu berpengalaman yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Seperti Jennifer Thompson yang akan bertindak sebagai Pengarah Persembahan dan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik.  

Jennifer berkata, pembabitan dalam konsert ini adalah sangat istimewa dan satu penghormatan buatnya.

“Nora memiliki vokal yang unik dan lagu-lagu yang ikonik. Gabungan bersama Pengarah Muzik, Aubrey Suwito pula pasti menjadikan ia satu persembahan yang cukup menarik,”

-kata Jennifer.

Turut hadir pada Sidang Media pada hari ini ialah Dato’ Nasser Abu Kassim, otai dalam industri muzik yang disegani dan beliau yang bertanggungjawab mengambil Nora sebagai artis rakaman Warner Music pada tahun 1994 lalu.

HARGA TIKET

Boleh didapati secara dalam talian di laman web dibawah.

-Interlude -RM108
-Sandiwara – RM158
-Debaran – RM218
-Naluri – RM288
-Samudera- RM318
-Jentayu – RM418
-Kirana [VIP dan Seisi Meet & Greet] – RM518

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket anda kerana ia Hanya Satu malam, Hanya Satu hari dan Hanya Satu kali dalam 30 tahun.

Website Onetix|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge