Posted in

KONSERT FOR YOU NOURUL GEGAR ZEPP KL, MALAM YANG BEST!

Kemunculan Mimi Fly dan Zachery Depp, pelancaran semula lagu Andai Ku Kenali Ku serta kehadiran rakan artis legenda menjadikan malam istimewa Nourul sebagai antara konsert paling bermakna tahun ini.

KONSERT FOR YOU NOURUL

Zepp Kuala Lumpur bertukar menjadi lautan emosi apabila lebih 1,000 peminat membanjiri venue tersebut bagi menyaksikan Konsert For You Nourul, sebuah persembahan eksklusif yang meraikan perjalanan seni penyanyi popular, Nourul.

KONSERT FOR YOU NOURUL

IMBAU KEMBALI MEMORI 90AN

Dianjurkan oleh ND Entertainment, konsert yang berlangsung selama hampir tiga jam itu membawa penonton mengimbau kembali pelbagai memori menerusi deretan lagu hit yang pernah mewarnai industri muzik tempatan sejak era 1990-an.

BERMULA DENGAN MEDLEY

Sejurus lampu pentas dibuka, penonton disajikan dengan montaj khas perjalanan seni Nourul sebelum beliau muncul dengan medley lagu-lagu ikonik seperti Tika Cinta, Keliru, Cinta Azali, Kerana Terluka dan Aku Cinta Aku Rindu yang terus membangkitkan nostalgia para peminat.

KONSERT FOR YOU NOURUL

LAGU COVER

Malam tersebut turut menyaksikan Nourul menyampaikan lagu-lagu popular seperti Janji Manismu, Kau Kunci Cintaku, Madah Berhelah dan Sembilu yang mendapat sorakan gemuruh daripada para penonton yang memenuhi ruang Zepp KL.

ARTIS JEMPUTAN

Lebih istimewa, konsert ini turut dimeriahkan dengan kemunculan penyanyi undangan Mimi Fly dan Zachery Depp yang berjaya menghangatkan suasana menerusi segmen khas mereka. Zachery Depp mencuri perhatian menerusi persembahan Joget Kenangan Manis sebelum meneruskan dengan Duniaku, Seiring & Sejalan serta Sehati & Sejiwa.

KONSERT FOR YOU NOURUL

Sementara itu, Mimi Fly pula membawakan lagu Temberang sebelum bergandingan bersama Nourul menerusi segmen duet yang menampilkan lagu Persamaan, Maafkanku dan Keliru, mencipta antara momen paling dinantikan malam tersebut.

PELANCARAN LAGU

Salah satu kemuncak utama konsert ialah pelancaran rasmi rakaman semula lagu Andai Ku Kenali Ku, sebuah karya yang pernah dihasilkan 15 tahun lalu oleh komposer terkenal Yasin Sulaiman dengan lirik nukilan Eena Houzyama.

Lebih unik, video muzik rasmi lagu tersebut turut dirakam secara langsung ketika konsert berlangsung, sekali gus menjadikan para peminat sebahagian daripada sejarah baharu lagu berkenaan.

KONSERT FOR YOU NOURUL

Nourul turut menghadiahkan persembahan menyentuh hati menerusi lagu Ikhlasnya Cintaku, Tangis Syukur, Tertutup Hati, Rinduku Padamu dan Aku Cinta Aku Rindu yang mengundang suasana penuh emosi dalam kalangan penonton.Nourul turut menghadiahkan persembahan menyentuh hati menerusi lagu Ikhlasnya Cintaku, Tangis Syukur, Tertutup Hati, Rinduku Padamu dan Aku Cinta Aku Rindu yang mengundang suasana penuh emosi dalam kalangan penonton.

KEHADIRAN FIGURA TERKENAL

Malam istimewa itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa figura terkenal industri hiburan tanah air termasuk Ning Baizura, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Salamiah Hassan dan Dee yang hadir memberikan sokongan kepada Nourul.

KONSERT FOR YOU NOURUL

Selain persembahan pentas, penganjur turut mengadakan pertandingan Best Glam Look For You Nourul x Alha Alfa yang menawarkan hadiah wang tunai dan produk eksklusif kepada peminat yang tampil bergaya serta berkongsi momen mereka di media sosial dengan menandakan akaun Nourul, Dato’ Alha Alfa dan ND Entertainment.

Konsert berakhir dengan lagu Kerana Terluka yang dinyanyikan bersama-sama oleh seluruh penonton, menutup malam penuh kenangan yang membuktikan bahawa nama Nourul masih kekal relevan dan dicintai peminat pelbagai generasi.

For You Nourul bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah penghargaan terhadap perjalanan seni, ketabahan dan cinta seorang penghibur yang telah mewarnai industri muzik Malaysia selama hampir tiga dekad.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *